KOTA BHARU: Walaupun hanya berbumbungkan langit dan di bawah teduhan sebatang pokok, gerai Kopi Teduh di sini menyajikan kopi yang mempunyai aroma dan rasa yang setanding dengan jenama terkenal.
Pemilik gerai Siti Nurashakila Zakari, 24, berkata ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial, khususnya aplikasi TikTok.
Katanya, kebanyakan video tersebut dimuat naik netizen dari Indonesia dan Thailand yang menunjukkan masyarakat di sana berniaga kopi yang hanya dibru di atas motosikal.
Menyifatkan perniagaan itu ringkas dan mudah, beliau bersama rakan karibnya Intan Zulsyawani Zulkifli, 24, tekad mengaplikasikan perniagaan berkonsep sama di sini, sejak akhir tahun lepas.
"Ia juga tidak memerlukan modal yang besar dan kafe (premis), iaitu kami memulakan dengan modal sekitar RM5,000 sahaja," katanya ketika ditemui Bernama di gerai mereka di Taman Maju di sini.
Beliau berkata trend perniagaan kopi jalanan itu juga masih kurang popular di Kelantan, sekali gus dapat memberi inspirasi kepada anak muda di negeri ini, bahawa mereka juga dapat berniaga walaupun tidak mempunyai modal besar.
Bercerita lanjut, mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Elektronik Universiti Multimedia itu berkata YouTube menjadi 'guru' yang mengajar pelbagai resipi sehingga beliau dan Intan Zulsyawani berjaya menghasilkan lebih 17 jenis minuman berasaskan kopi dan bukan kopi.
Katanya, bagi mencipta kelainan, mereka memilih kaedah tradisional untuk mengekalkan aroma wangi kopi iaitu dengan menggunakan alat pembru biji kopi Moka Pot.
Malah, katanya, tidak ramai yang mampu menggunakan alat itu kerana cara penggunaannya yang agak rumit, namun berbaloi kerana dapat mengekalkan rasa 'not' kopi yang memikat hati penggemar minuman itu.
Menurut Siti Nurashakila, mereka menggunakan biji kopi berkualiti tinggi iaitu jenis Arabica dari Brazil yang diperoleh daripada pembekal tempatan.
Katanya, antara yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah minuman Mesir Kuno Latte yang mengetengahkan rasa kayu manis, selain Nissey Kerek Latte yang menggunakan manisan nira kelapa.
Siti Nurashakila berkata antara cabaran yang dihadapi bersama Intan Zulsyawani, yang juga pelajar tahun kedua Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, adalah pada hari hujan iaitu mereka terpaksa memakai baju hujan, selain kurang jualan.
"Walaupun berdepan cabaran terutama ketika musim hujan mahupun ketika ribut, sehingga ada membuatkan khemah kami tercabut, namun ia tidak mematahkan semangat saya dan Intan Zulsyawani untuk meneruskan perniagaan dengan berkonsepkan teduhan secara semula jadi ini," katanya yang meraih hasil jualan hampir RM1,000 sehari.
Beliau juga bersyukur kerana dengan adanya pelbagai medium media sosial, mereka dapat mempromosikan Kopi Teduh secara lebih meluas, antaranya menerusi laman Instagram yang kini mempunyai hampir 6,000 pengikut.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap, Ahmad Faris Ruslan, 26, dari Pasir Mas berkata, kopi dari gerai itu menjadi pilihannya sejak dua bulan lalu kerana harganya yang murah, iaitu RM4 hingga RM8 secawan, tetapi mempunyai keenakan yang setanding dengan kopi dari jenama terkenal, selain suasana gerai yang sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Trend perniagaan kopi jalanan masih kurang popular di Kelantan, sekali gus kewujudan Kopi Teduh dapat memberi inspirasi kepada anak muda di negeri itu. - Bernama

Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: 'Bagi ruang untuk siasatan' - Fadhlina
Siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dijalankan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Purata perbelanjaan pelancong Malaysia meningkat
Rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk melancong dengan purata perbelanjaan setiap pelancong meningkat antara 15% hingga 25% di Matta Fair 2025, walaupun bimbang
terhadap risiko kelembapan ekonomi.
terhadap risiko kelembapan ekonomi.

Lelaki Nigeria gigit telinga koperal dituduh esok
Telinga mangsa yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek.
Lima sindiket tumpas, dadah RM9 juta dirampas
Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah tumpas dalam lima hari operasi membabitkan tujuh serbuan berasingan di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat pada 20 hingga 24 April lalu.
SPRM sudah ada senarai individu menceroboh tanah di raub
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza

China terus catat kenaikan aliran masuk pelaburan asing
China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging
Mangsa cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

Kebenaran operasi semula: Penternak babi di Paya Mengkuang perlu patuh dua syarat
Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi ladang tersebut.

Orang Asli Jakun berjaya ketepi perintah jualan kondominium di Keramat
Sebanyak 65 Orang Asli suku kaum Jakun berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan perintah mahkamah pada 2023 berhubung penjualan 57 unit kondominium di Lanai Gurney, Keramat.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.