SEBUT sahaja Korea, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah muzik dan K-drama yang sudah tentu akan membuatkan anda mengalirkan air mata.
Namun, anda perlu tahu bahawa Korea Selatan bukan sahaja menawarkan muzik dan drama semata-mata malah republik itu juga meraikan kepelbagaian seperti makanan, pelancongan dan budayanya yang tersendiri.
Jika anda mahu lari dari kesibukan kerja dan mahu reward diri anda, Korea merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk anda healing.
Berikut merupakan antara destinasi menarik yang anda boleh kunjungi ketika berada di Korea Selatan.
Nami Island
Kalau anda peminat drama Winter Sonata, anda wajib datang ke Pulau Nami untuk menikmati aura landskapnya sama seperti yang pernah ditonton di layar kaca.
Bukan sahaja menawarkan pengunjung dengan suasana yang indah malah ada pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga atau kawan-kawan di pulau ini. Tempat makan, tapak rekreasi, sudut bergambar, taman permainan, galeri dan muzium, malah tempat solat untuk pelancong Muslim juga disediakan.
Jangan lupa untuk singgah di setiap lokasi ikonik drama Winter Sonata untuk anda abadikan kenangan di sana.
Menara Lotte World & Tasik Seokchon
Antara destinasi wajib singgah kalau anda sudah sampai di Korea Selatan adalah Menara Lotte World.
Menara yang memiliki ketinggian 555 meter dengan 123 tingkat ini menempatkan ruang hotel, kafe, galeri dan beberapa kemudahan lain di dalamnya.
Lebih menarik menara ini terletak bersebehalahan dengan sebuah tasik buatan iaitu Taman Tasik Seokchon yang menjadi tumpuan masyarakat Korea terutama ahjuma dan ahjeossi datang untuk beriadah dan sesi healing.
Starfield Library
Anda minat membaca? Maka berkunjunglah ke perpusatakaan Starfield.
Terletak di dalam pusat beli-belah COEX, premis dua tingkat ini merupakan kutubkhanah terbesar di Korea Selatan. Ia menjadi lokasi buruan penggemar lokasi untik, sama ada benar-benar untuk tujuan ilmiah mahupun sekadar mencari sudut yang 'Instagrammable'.
Memuatkan lebih 70,000 buah buku, destinasi ini sangat sesuai untuk si ulat buku. Lebih menarik kalau teman anda sibuk membeli belah, anda boleh 'lepak' di Starfield Library untuk membaca.
Masjid Itaewon
Bagi anda yang beragama Islam, jika singgah ke Itaewon jangan lupa untuk singgah ke Masjid Itaewon.
Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Seoul yang terletak berhampiran dengan Itaewon Station.
Kalau anda ingin mencari makanan halal, di sekitar lokasi pusat ibadah ini juga menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai pengembara Muslim lantaran ia sememangnya menjadi zon kebudayaan Islam di Korea Selatan.
Muzium rumpai laut
Kalau nak merasai pengalaman membuat makanan harian Korea, kimci atau gibimbap, anda wajib singgah ke Seaweed Museum.
Bukan sahaja anda boleh merakam momen anda mengenakan pakaian tradisional Korea malah anda juga boleh mendapat info mengenai bagaimana mereka memproses rumpai laut serta masuk ke kelas untuk membuat kimci atau gibimbap.
Menara Seoul
Tidak sempurna kunjungan ke Korea Selatan jika tidak luangkan masa untuk singgah ke Seoul Tower atau Namsan Tower.
Destinasi seumpamanya, di seluruh dunia, bukan sahaja menjanjikan pemandangan panorama yang sangat memukau, malah menjadi mercutanda yang merekodkan maklumat tentang pelbagai aspek kehidupan warga tempatan - dari soal seni bina, pembangunan komuniti, ketersambungan telekomunikasi dan banyak lagi.
Menara ini pada asalnya dibina pada tahun 1969 sebagai menara transmisi bersepadu pertama Korea yang memancarkan siaran televisyen dan radio di seluruh pusat bandar.
Namun pada tahun 1980 ia telah dibuka kepada awam dan menjadi satu desitinasi wajib bagi siapa yang berkunjung ke Korea Selatan.
Ikseodong Hanok Village
Destinasi kebudayaan ini sangat sesuai buat anda yang gemar 'memburu' kafe.
Menawarkan lebih kurang belasan kafe hipster, anda pasti tak nak melepaskan peluang untuk datang ke sini dan merakam momen-momen estetika bersama teman-teman anda.
Mana tidaknya, kafe di sini semuanya unik kerana mengangkat tema dan gaya yang berbeza. Selain dapat membasahkan tekak dan mengisi perut, kawasan ini sekali gus sesuai menjadi lokasi OOTD anda.
Haneul Park
Sekiranya anda seorang yang sukakan ketenangan, Haneul Park adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda kunjungi.
Heneul Park merupakan salah satu antara lima taman World Cup yang paling popular.
Pemandangannya yang cantik dan suasana yang sangat nyaman mampu membuatkan anda terleka apabila berada menghabiskan waktu di situ.
Bercuti ke negara orang ini bukan sahaja dapat menimba pengalaman malah kita juga boleh belajar banyak perkara baharu.
Sebelum terbang ke negara yang popular dengan drama Winter Sonata atau Descendants of the Sun ini, jangan lupa untuk daftar visa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penerbangan.
Pilih musim yang anda mahukan apabila terbang ke sana, kerana lain musim yang berbeza mempengaruhi kos kunjungannya. Jangan lupa juga untuk sediakan payung ataupun baju hujan manalah tahu jika cuaca kurang baik apabila anda sampai disana.
Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit 'homework' tentang latar belakang dan petua lawatan, selain memilih agensi pelancongan Malaysia yang menawarkan pakej terbaik.
Astro AWANI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anisah Dot Com Travel & Tours kerana memberi peluang kepada kami merasai pengalaman bercuti yang sangat menakjubkan sepanjang lawatan 6 hari 4 malam di sana.
Kamsahamnida!
Asyraf Roslan
Sat Feb 17 2024
Industri hiburan Korea yang dikenali sebagai Kpop sangat terkenal di seluruh dunia namun destinasi percutiannya juga sangat-sangat menarik untuk anda kunjungi. - Foto: Amiruddin Hardy
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Ekonomi APEC dijangka berkembang pada kadar sederhana - Laporan
Menurut laporan tersebut, keadaan ekonomi sederhana itu mencerminkan ketidaktentuan yang berpunca daripada perlindungan dalam perdagangan, tekanan inflasi berterusan dan ketegangan geopolitik.
KUSKOP sedia RM2 juta rancakkan program JEJAK 2024
Insentif itu juga sebagai persediaan koperasi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka menarik 26.1 juta pelancong.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pantau Agenda Reformasi: Martabatkan profesion guru, tingkat kesejahteraan
Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Korea Selatan bukan sekadar muzik dan K-drama
Jika anda mahu lari dari kesibukan kerja dan mahu reward diri anda, Korea merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk anda healing.