XINJIANG: Selepas enam jam penerbangan dari bandar raya Beijing ke Kashgar, penulis akhirnya tiba di Lapangan Terbang Kashgar dan disambut oleh warga tempatan yang tidak lokek dengan senyuman.
Sekitar 30 minit selepas itu, penulis dibawa untuk bersiar-siar ke kawasan Kota Purba Kashgar yang terletak di tengah-tengah Kashgar.
Ibarat dibawa belayar ke dalam filem Aladdin, Prince of Persia atau Ali Baba Bujang Lapok, itulah yang boleh digambarkan oleh penulis tatkala melihat seni bina bangunan yang berada di kawasan yang mempunyai sejarah hampir 2,000 tahun.
SEJARAH DAN KISAH KEJAYAAN
Di sebalik keunikan seni bina yang jelas dapat dilihat di bangunan kediaman dan deretan kedai di kawasan Kota Purba Kashgar ini, tersembunyi sebuah kisah kejayaan yang boleh dikatakan mustahil untuk dilaksanakan.
Sejak bertahun lamanya, Kota Purba Kashgar sangat sinonim sebagai kawasan yang sering dilanda bencana alam termasuk banjir. Malah, gegaran yang terhasil oleh beberapa siri gempa bumi juga pernah merosakan kota purba itu.
Menyedari bahawa sesuatu perlu dilakukan, tanggal 24 Ogos 2010, satu projek komprehensif untuk merawat dan mentransformasi Kota Purba Kashgar telah diluluskan oleh lapan kementerian dan biro serta kerajaan tempatan.
Bagi pihak pentadbir, satu mantra yang sentiasa diulang-ulang bagi memastikan projek berkenaan dapat mendakap kejayaan adalah melaksanakan penambahbaikan infrastruktur, memastikan ia bersifat menyeluruh, melakukan penempatan semula di kawasan terdekat, meroboh dan membina pada masa yang sama, serta mengutamakan perlindungan bersifat penting.
Maju ke hadapan ke Julai 2015, Kota Purba Kashgar yang telah menjalani perubahan ketara disenaraikan sebagai kawasan tarikan pelancong kategori 5A (sistem penarafan tempat pelancongan di China) di Xinjiang.
Seperti yang direncanakan, projek tersebut tamat pada 2017 dan menyaksikan rumah-rumah usang telah diubah suai selain dilengkapi dengan alat rintangan gempa bumi serta pencegahan bencana, penduduk miskin berjaya keluar daripada kancah kemiskinan, manakala taraf kehidupan penduduk tempatan turut memperlihatkan peningkatan.
Ketika ini, para penduduk tempatan sudah dapat merasakan laba daripada projek rejuvinasi yang dilakukan di kawasan mereka. Misalnya, tukang besi yang ketika dahulu hanya membuat besi dalam skala kecil, kini mampu untuk meluaskan perniagaan dengan mengeksport ke luar Xinjiang.
Kedatangan para pelancong yang bertali arus juga secara langsung banyak membantu perniagaan penduduk tempatan termasuk penjualan ukiran tradisional, tenunan dan pakaian tradisional.
Malah, terdapat ramai pemilik rumah yang menjadikan kediaman masing-masing sebagai lubuk pendapatan dengan membuka kawasan rumah mereka kepada pelancong sambil mengenakan caj berpatutan. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengenakan busana tradisional etnik Uygur dan kemudian melakukan sesi foto berlatarbelakangkan rumah antik berkenaan.
GAYA HIDUP TEMPATAN
Bebas tekanan atau stress free adalah satu ungkapan yang boleh penulis sifatkan terhadap penduduk tempatan ketika meneroka sekitar kawasan Kota Purba Kashgar.
Sambil meneguk teh hitam dengan iringan petikan dutar dan tambur iaitu alat muzik tradisional etnik Uygur yang dimainkan oleh penyanyi lelaki menjadi satu pemandangan lazim yang boleh dilihat dihampir setiap pelosok kota purba.
Berbeza dengan bandar-bandar besar lain di China, kaum hawa di Kota Purba Kashgar kelihatannya sangat gemar berfesyen dengan berbusana tradisional tempatan dengan warna yang menarik meskipun dalam cuaca panas. Bagi mereka, memakai busana itu sebagai menghargai budaya serta simbol kecantikan kepada kaum wanita.
Menurut penduduk dan peniaga tempatan, kunjungan pelancong pada waktu puncak iaitu pada cuti musim sejuk dan panas akan menarik sejumlah besar pelancong dari serata China. Justeru, pendapatan yang diperoleh pada musim itu mampu menampung kehidupan yang secara tidak langsung membolehkan mereka untuk melalui hari-hari mendatang tanpa tekanan.
Bagi pelancong yang mengimpikan untuk melawat kota purba versi moden, Kota Purba Kashgar semestinya adalah tempat yang sesuai. Dengan elemen keaslian, keunikan dan ketenangan, pelancong tentunya akan dapat melupakan kesibukan di kota raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Menurut penulis, bagi pelancong yang mengimpikan untuk melawat kota purba versi moden, Kota Purba Kashgar adalah tempat yang sesuai. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.