BAIK sambutan ambang tahun baru, Hari Krismas, cuti sekolah, mahupun semata-mata berehat sejenak daripada kesibukan kerja, industri pelancongan lazimnya bakal mendapat sambutan hangat dalam 10 hari terakhir sesebuah tahun.
Bagi membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik, Agoda mendedahkan destinasi pelancongan termurah sekitar Asia Pasifik menjelang hujung tahun ini.
Sentiasa menggerakkan misi untuk mendapatkan tawaran terbaik pada harga yang paling kompetitif, Agoda telah menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.
Di Malaysia, Kuching, Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang paling berpatutan, dengan purata caj sebuah bilik bernilai RM281.28 semalam.
Destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan terendah di sekitar Asia Pasifik ialah Hat Yai di Thailand, Yogyakarta di Indonesia, Kuching di Malaysia, Dalat di Vietnam, Goa di India, Baguio di Filipina, Nagoya di Jepun, Taichung di Taiwan, Melbourne di Australia dan Busan di Korea Selatan. Purata caj bilik bermula dari RM202 di Hat Yai hingga RM742 di Busan.
“2023 telah menyaksikan kebangkitan semula industri pelancongan merentasi Asia memandangkan orang ramai kembali berhubung dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan yang tersayang, dan tempoh percutian hujung tahun yang istimewa tersebut juga bakal mengalami perkara yang sama,” ujar Cleland Robertson, Pengarah Perkhidmatan Rakan Kongsi Agoda bagi Malaysia dan Brunei.
“Namun baik pengembaraan solo mahupun mencipta kenangan indah bersama yang tersayang, pelancongan ketika musim kemuncak menandakan permintaan yang lebih tinggi, jadi pencarian tawaran yang istimewa mampu mengubahnya. Dengan mengetengahkan destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan yang berpatutan, Agoda membantu pelancong tanpa mengira bajet mereka untuk meraikan musim hujung tahun dengan penuh gaya."
Meskipun bergelar destinasi pelancongan termurah, lokasi-lokasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan tersedia untuk para pengunjung dan kesemuanya merupakan destinasi yang baik untuk memeriahkan hari-hari terakhir tahun 2023.
Dari kesibukan pantai dan taman tema yang mengujakan kepada sanktuari spiritual dan syurga buat pencinta makanan, berikut adalah antara tarikan utama dalam 10 destinasi pelancongan paling berpatutan dalam pasaran-pasaran yang telah ditinjau:
1. Hat Yai, Thailand (Purata caj bilik: RM202)
Hat Yai ialah lubuk pelbagai kedai kopi yang serba bergaya, kehidupan malam yang meriah, dan makanan laut yang cukup menyelerakan. Bandar selatan ini juga terkenal dengan sajian tempatan dan makanan laut yang cukup meneyelerakan. Hat Yai ialah kawasan ideal untuk meneroka persekitaran luar bandar yang berhampiran, mengunjungi air terjun Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary yang memukau, atau merasai sendiri budaya tradisional Thai di Songkhla Old Town.
Ingin merancang percutian sekitar Disember? Bawakan semangat Hari Krismas anda, kerana Hat Yai merupakan syurga pelbagai acara dan hiasan keraian sepanjang bulan. Kunjungi pusat beli belah CentralFestival Hatyao untuk melihat pokok Krismas gergasi dan menikmati pertunjukan cahaya Hari Krismas. Anda juga boleh berkunjung ke Kim Yong Market untuk mendapatkan hadiah dan cenderahati yang serba unik.
2. Yogyakarta, Indonesia (Purata caj bilik: RM263)
Yogyakarta, seringkali digelar sebagai “Serambi Budaya Jawa”, merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik menjelang Disember, meriah dengan budaya Jawa yang serba kaya dan tapak-tapak bersejarah terkemuka, termasuklah Sultan’s Palace yang ikonik, Keraton Yogyakarta. Warisan yang kaya ini sebati dengan populasi penduduknya yang pelbagai. Teroka gereja-gereja yamg dihias indah dan saksikan tradisi Krismas tempatan yang memaparkan keharmonian antara pelbagai budaya.
Untuk hujung tahun yang lebih menarikterokailah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kuil-kuil purba Prambanan. Atau kunjungi Kaliurang yang teletak di Utara kira-kira 25km jarak perjalanan, di mana momen-momen menenangkan menanti anda dengan Gunung Merapi yang memukau sebagai pemandangan anda. Atau menjelang Ambang Tahun Baru, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Alun-Alun Kidul (Dataran Selatan) bagi Yogyakarta Night Festival, di mana pertunjukan bunga api yang gilang gemilang menjadikan langit malam kelihatan cukup magis.
3. Kuching, Malaysia (Purata caj bilik: RM282)
Kuching, ibu negeri Sarawak yang cukup menyeronokkan ini terkenal dengan pasar-pasar jalanan yang meriah, makanan jalanan yang menyelerakan, pemandangan alam sekitar yang mempesona, dan tempat-tempat bersejarah seperti Perkampungan Budaya Sarawak. Kuching ialah destinasi percutian keluarga yang sempurna untuk dibelai keindahan alam sekitar dan memanfaatkan hari-hari percutian anda sebaiknya.
Disember menukarkan Kuching menjadi sebuah dunia keraian yang menakjubkan, dihiasi lampu-lampu dan hiasan berwarna warni. Bersiar-siarlah di Kuching Waterfront yang indah atau sertai perarakan tahunan Kuching Christmas bagi meraikan keseronokan pesta keraian. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Tugu Kucing Bulatan Padungan yang sentiasa dihias seiring dengan apa jua sambutan. Rakyat tempatan dan pelancong lazimnya berhimpun di Carpenter Street yang rancak dengan kehidupan malam serba meriah, menjadikan Ambang Tahun Baru anda lebih mengujakan.
4. Dalat, Vietnam (Purata caj bilik: RM319)
Bandar pergunungan yang mempesonakan, Dalat, ialah sebuah destinasi pelancongan yang popular sepanjang tahun, namun sewajarnya menjadi destinasi wajib singgah menjelang musim Krismas dan Tahun Baru. Bandar ini bertukar menjadi sebuah dunia khayalan musim sejuk, dengan limpahan lampu bergemerlapan, hiasan-hiasan musim perayaan, dan atmosfera yang menggembirakan.
Cuaca sejuk ini ideal untuk meneroka tarikan-tarikan utama bandar tersebut, seperti Crazy House, Xuan Huong Lake, dan Valley of Love yang mekar dengan kuntuman bunga-bunga indah. Sama ada anda mencari-cari lokasi percutian romantic, percutian mesra keluarga, atau sambutan perayaan, Dalat, Vietnam ialah lokasi sempurna untuk dikunjungi menjelang Hari Krismas dan Tahun Baru.
5. Goa, India (Purata caj bilik: RM432)
Goa, pusat pesta India, terkenal dengan keindahan Pantai, kemeriahan waktu malam, pasar-pasar yang meriah dan makanan laut yang cukup lazat. Meskipun kurang menjadi pilihan pelancong, Goa kaya dengan pelbagai pesona yang tersembunyi, menjadikannya lokasi ideal untuk sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru.
Tahun ini, sediakan bagasi anda dan kunjungi Goa yang sememangnya menakjubkan. Bergembiralah dalam kehijauan alam sekitar Goa di Dudhasagar Warterfalls atau kunjungi kafe Artjuna untuk bengkel-bengkel imersif, muzik secara langsung dan sesi-sesi yoga. Biarkan rambut anda bebas dibelai angin di festival Bonderam dan raikan Ambang Tahun Baru seperti rakyat setempat; atau naiki feri ke Pulau Divar untuk bersantai sambal melawati gereja-gereja bersejarah dan menikmati sajian tempatan.
6. Baguio, Filipina (Purata caj bilik: RM446)
Udara Baguio yang sejuk dan nyaman membezakan lokasi tersebut dari lokasi-lokasi lain di negara tersebut, lalu digelar ‘Kota Musim Panas Filipina’. Namun jangan hanya pandang sebelah mata: Baguio dan pelbagai tarikan komersial dan indah merupakan tarikan pelancongan yang terkemuka sepanjang tahun. Hayati pemandangan pokok pine yang menghiasi kembara anda sepanjang landskap pelancongan kegemaran seperti Mines View Park dan Camp John Hay. Baguion juga memiliki warisan kraf dan seni rakyat yang tersendiri sekaligus dinobatkan sebagai Bandar Kreatif UNESCO. Bandar tersebut juga merupakan rumah arena beli belah barangan terpakai yang cukup meriah di Baguio Night Market di mana anda boleh mendapatkan barangan-barangan vintaj terbaik.
Jangan tinggalkan Baguio tanpa sempat berpeluang menikmati buah strawberi yang tumbuh subur di topografi unik bandar tersebut. Sama ada anda meraikan pagi Krismas dengan taho strawberry (snek Pinoy yang diperbuat daripada tofu lembut, sirap dan sago) mahupun meraikan tahun baru dengan wain strawberi bersama yang tersayang, percutian di tanah tinggi semestinya bakal menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh seisi keluarga.
7. Nagoya, Jepun (Purata caj bilik: RM502)
Nagoya, bandar keempat terbesar di Jepun, ialah sebuah destinasi cosmopolitan yang meriah dan menawarkan sesuatu untuk semua yang dating berkunjung. Menjelang musim Krismas dan Ambang Tahun Baru, bandar tersebut dihidupkan oleh cahaya-cahaya musim perayaan, acara-acara istimewa, dan suasana keraian.
Nagoya terkenal dengan lampu-lampu musim sejuk yang memukau, antara yang terbaik di Jepun. Jalan-jalan dan taman-taman utama di bandar tersebut bertukar menjadi dunia khayalan musim sejuk yang penuh mahis dengan jutaan lampu yang bergemerlapan, seperti taman botani Nabana no Sato serta daerah Sakae dan Osu yang cukup bercahaya.
8. Taichung, Taiwan (Purata caj bilik: RM594)
Taichung bukan sahaja sarat dengan warisan sejarah dan budaya, bahkan terkenal dengan keindahan alam sekitar yang mengilhamkan pesona. Terkenal dengan tarikan pelancongan dan aktivitii-aktiviti yang pelbagai, Taichung sesuai untuk semua jenis pelancong, baik yang menggemari penerokaan tinggalan-tinggalan budaya, menikmati sajian-sajian lazat, mahupun yang asyik dibelai keindahan alam sekitar.
Tambahan pula, Taichung bakal menjadi tuan rumah Lishan Guguan Light Art Festival Disember ini, dilimpahi dengan kesenian cahaya yang mempesonakan sepanjang bulan tersebut. Di samping pertunjukan cahaya yang luar biasa, festival ini juga menampilkan pelbagai persembahan dan acara muzik, menimbulkan suasana hidup sepanjang sambutan tersebut. Para pengunjung boleh menghayati keindahan karya seni bercahaya sambil menikmati persembahan muzik secara langsung atau mengambil bahagian dalam pertunjukan tarian dan bengkel-bengkel kesenian.
9. Melbourne, Australia (Purata caj bilik: RM 727)
Melbourne telah sekian lama digelar ‘Permata Budaya’ dengan arena seni yang dinamik, acara kesukanan yang meriah, kopi artisan terkemuka dunia, dan kehidupan malam yang mempesona. Menjelang Hari Krismas dan cuti sekolah, metropolis tepi Pantai ini turut dihidupkan dengan kemeriahan yang sesuai buat seisi keluarga.
Dari pasar Krismas sehinggalah acara kesukanan bertaraf dunia seperti Australian Open Tennis Tournament, Melbourne pasti mempunyai sesuatu buat semua tanpa mengira bajet perbelanjaan anda.
Dengan adanya sistem tram yang merupakan keempat terbesar di dunia, Melbourne ialah sebuah destinasi yang boleh diteroka dengan berjalan kaki. Baik pantai-pantai indah, mahupun kesibukan Federation Square, ada sahaja sesuatu yang mengujakan di Melbourne yang serba meriah.
10. Busan, South Korea (Purata caj bilik: RM742)
Busan ialah sebuah destinasi persisiran pantai yang seindah namanya dengan kombinasi pantai-pantai nan indah, pencakar langit moden, pasar-pasar tradisional dan Lorong-lorang kafe yang selesa. Untuk berpeluang melihat pemandangan ibu kota yang pelbagai di depan mata, kunjungi Busan X the SKY, balai cerap yang terletak di tingkat atas bangunan kedua tertinggi di Korea, terletak di Haeundae Beach. Sekiranya anda lebih menggemari pengalaman yang lebih santai, bersiar-siar di Dalmaji-gil Road yang kaya dengan kafe-kafe kecil dan memukau yang menampilkan pemandangan lautan biru yang menakjubkan.
Apa kata anda rasai sendiri pengalaman pesta cahaya unik musim sejuk di tepi laut? Gwangalli Beach menganjurkan Gwangalli Marvelous Drone Light Show, sebuah acara mingguan pada setiap malam Sabtu yang menampilkan persembahan dron bercahaya yang menakjubkan merentasi langit malam musim sejuk yang luas terbentang.
Di samping membantu para pelancong untuk memilih destinasi pelancongan yang paling berpatutan, Agoda juga membantu mendapatkan penjimatan terbesar menerusi Price Freeze, Price Alerts, diskaun kart beli belah, tawaran media sosial dan pelbagai lagi, membolehkan orang ramai untuk berjalan jauh dan meluaskan pemandangan pada harga yang berpatutan.
Mengenai data
Kadar purata bilik untuk 22-31 Disember 2023 telah dikira berdasarkan data Agoda yang tersedia pada 18 September 2023.
Kadar tersebut telah ditukar daripada Dolar Amerika Syarikat berdasarkan penukaran RM4.69. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 02 2023
Pemandangan bandar raya Kuching berlatar belakang Gunung Santubong. - Foto Agoda/DagangNews
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Dua pelancong asing maut, pokok besar tumbang di lokasi popular Bali
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pekan itu mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
Jangan abaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - Titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'
Kawasan hutan seluas 202.3 hektar di Temerloh sesuai dibangunkan sebagai taman safari itu, yang akan memberi satu lagi nilai tambah.
Malaysia catat trafik penumpang udara 80.3 juta bagi 10 bulan pertama 2024
Trafik penumpang udara Malaysia bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 80.3 juta.
Creative Creed terima anugerah BBEA, mahu tembusi pasaran Asia Barat
Kejayaan diiktiraf sebagai penerima Bumiputera Business Excellence Award menjadi pembakar semangat kepada Creative Creed Associates untuk terus berkembang maju dalam dunia perniagaan.