awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lockdown' dipilih perkataan paling popular tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
03:52 MYT
'Lockdown' dipilih perkataan paling popular tahun ini
Penggunaan istilah 'lockdown' naik sehingga 250,000 juta tahun ini, meningkat dari hanya 4,000 pada tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
KAMUS bahasa Inggeris, Collins Dictionary, memilih istilah 'lockdown', atau kerap diterjemah sebagai perintah berkurung, sebagai perkataan paling popular tahun ini.
Ia dipilih pakar linguistik kerana maknanya mula berkembang di peringkat global susulan reaksi perkhidmatan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19.
"Pakar bahasa kami sepakat memilih perkataan ini kerana ia merupakan pengalaman penyatuan bagi berbilion penduduk dunia, yang secara kolektif memainkan peranan mereka dalam memerangi penyebaran COVID-19.
"Istilah ini dahulunya adalah kosa kata yang banyak digunakan untuk banduan di penjara.
"2020 adalah tahun di mana makna perkataan itu berubah secara drastik, ia kini merupakan satu kata kerja bagi langkah penjagaan kesihatan awam," itu yang tertulis pada laman web kamus berkenaan.
Penggunaan istilah itu naik sehingga 250,000 juta tahun ini, meningkat dari hanya 4,000 pada tahun sebelumnya.
Lockdown pertama kali muncul tahun ini di Wuhan, China yang merupakan lokasi pertama mengenakan perintah berkurung susulan wabak COVID-19.
Sejak itu, hampir semua negara mengeluarkan arahan sama, dengan sekatan sosial yang belum pernah terjadi sebelumnya, membataskan interaksi manusia dan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun paling unik dalam sejarah moden.
Topic Berkaitan
#lockdown
#perintah berkurung
#COVID-19
#kesihatan
#Collins Dictionary
#kamus
#paling popular
#pakar bahasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan