awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong Seni@Lorong Panglima tarikan baharu pengunjung ke Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
24/07/2022
00:30 MYT
Lorong Seni@Lorong Panglima tarikan baharu pengunjung ke Perak
Nolee Ashilin berkata, Lorong Seni@Lorong Panglima merupakan kesinambungan dan akan melengkapi Concubine Lane yang sudah dikenali ramai dan sarat dengan kisah sejarah Ipoh sebelum ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima di sini merupakan kesinambungan kepada Lorong Concubine, yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya Ipoh khususnya, dan Perak amnya.
Bukan sahaja meriah dengan barisan peniaga dan produk jualan, lorong ini turut mengetengahkan pameran kraftangan termasuk peralatan muzik pelbagai kaum.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed berkata, ia selaras dengan penjenamaan semula bandar raya Ipoh sebagai bandar seni.
"Antara aktiviti yang diketengahkan adalah pameran, jualan produk seni, kraftangan traditional dan moden termasuk peralatan muzik dari pelbagai kaum, persembahan buskers.
"Termasuk installation art hasil karya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar serta pemasangan papan tanda Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh.
"Lorong Seni@Lorong Panglima ini merupakan kesinambungan dan akan melengkapi Concubine Lane yang sudah dikenali ramai dan sarat dengan kisah sejarah Ipoh sebelum ini.
"Ia bagi menarik lebih ramai pengunjung dan memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menonjolkan bakat seni dan kraftangan," katanya.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di sini, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli-Ahli Majlis MBI.
Kata Nolee Ashilin lagi, lorong tersebut telah diwartakan sebagai laluan pejalan kaki.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Selain itu, satu sesi penyertaan awam diadakan pada 13 Jun lalu untuk memaklumkan pemilik-pemilik premis di Lorong Panglima mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan di situ.
"Kesemua jemputan yang hadir bersetuju dengan cadangan Lorong Seni tersebut, ia akan beroperasi pada setiap Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari," katanya.
Sementara itu, Rumaizi berkata, pemilihan peniaga di situ adalah melalui persatuan seni dan kraftangan, serta yang berdaftar di bawah MBI.
"Bagi yang berminat boleh mohon dengan MBI untuk berniaga di sini, mengikut kesesuaian.
"Sekarang ini kita bermula dengan 10 peniaga dahulu, dan lihat bagaimana sambutan. Setelah itu baru kita tambah (peniaga) mengikut kesesuaian," katanya.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Lorong Seni Lorong Panglima
#Lorong Concubine Ipoh
#Nolee Ashilin Mohammed
#bandar seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan