awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MahalGila: Netizen berbeza pendapat tentang caj mahal premis makanan

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
06/01/2016
08:46 MYT
#MahalGila: Netizen berbeza pendapat tentang caj mahal premis makanan
Isu milo ais berharga RM4.20 segelas mengajak netizen berbincang tentang fenomena caj mahal yang dikenakan oleh premis makanan. - freeimages
Serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak ke atas pengendali medan selera di Kuching kerana menjual milo ais pada harga RM4.20 segelas telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
Dalam serbuan Selasa lalu, KPDNKK Sarawak turut menyerahkan notis tunjuk sebab kepada pengendali medan selera berkenaan.
Melalui hashtag #MahalGila, Astro AWANI mengajak netizen untuk berkongsi pengalaman tentang caj mahal yang pernah mereka hadapi di premis makanan.
Menu dan harga tidak sepadan
Kebanyakan netizen mula menyenaraikan menu yang dipesan dengan harga yang dianggap ‘melampau’, malah ada yang menyertakan nama premis yang dikunjungi.
normal green tea dngan ais RM8+ dkat Ara Damansara!!!! #MahalGila
— Farina Aisyah (@fxnna) January 5, 2016
#mahalgila makan kat labuan. Mee goreng kedai nak runtuh pun rm8 minimum. #truestory
— emma. (@sayaEM) January 5, 2016
@501Awani ayam goreng satu pinggan rm12. di asam pedas jr bandar hilir. #mahalgila
— Jai (@sayaruzaini) January 5, 2016
1 Ikan kembung singgang RM7 + 1 Nasi putih RM1.50 + 1 Ikan rebus grg RM3 + Budu ulam biasa RM5 = RM16.50 #MahalGila https://t.co/1EyartIvRx
— H. (@Kuntum__) January 5, 2016
juai char keoy teow 8 ringgit sepinggan , kat padang kota #mahalgila https://t.co/hxY0puXmpK
— Biha (@Ramizihusni) January 5, 2016
@501Awani mkn nasik putih dgn daging goreng,katanya daging kerbau so dia charge RM 10 kat Kluang..lingkup dah kedai tu rasanya #MahalGila
— Reef Pendragon (@zhariframli) January 5, 2016
Gua prnh kena di PCB. Negeri gua sdiri. Mkn 4org cecah 200 lebih. Maggi ketam & air nyor je stiap sorg. #MahalGila https://t.co/WliKzPjJ4n
— Deen (@matdeens) January 5, 2016
Macaroon hello kitty cafe rm11.50 #MahalGila RT @501Awani: Pernahkah anda dicaj dengan harga (cont) https://t.co/G8AqzHN0Zu
— zaleha (@zalehaabidin) January 5, 2016
@501Awani restoran pelita kawasan ioi nasi 2 lauk RM 20 #MahalGila
— fizawanzulhilmy (@fizawanzulhilmy) January 5, 2016
@501Awani Kita lihat restoran2 #asampedas #Melaka mengenakan bayaran agak tinggi. Tak pula dgn asam pedas hebat #Muar @twt_Muor #MahalGila
— Shaharudinali (@Shaharudinali) January 5, 2016
‘Air kosong pun mahal’
Hashtag tersebut juga menarik perhatian beberapa netizen yang berkongsi harga air kosong yang turut dijual pada harga yang dianggap tidak munasabah.
@501Awani Mamak Anderson, Publika - Air suam, RM2. #MahalGila /p>— (@xdillr) January 5, 2016
Pernah ja air kosong tak letak ais pon 70sen #mahalgila
— norfatiha (@nnrfatiha) January 5, 2016
2 gelas ais kocong rm1 di kl #MahalGila #kepalabapakdiagila https://t.co/3H8QH8oScW
— ΔF(@Hafeezrawk) January 5, 2016
@501Awani air suam segelas RM1.00 #MahalGila #TrueStory
— Muhammad Afi Syazani (@afisyazani) January 5, 2016
@501Awani air suam segelas sampai RM1.50 pun ada. Bukan restoran mewah pun #MahalGila
— tambahpendapatan (@havzichiori) January 5, 2016
Kafe 'hipster' jadi tumpuan
Kafe berkonsep hipster yang memberikan perhatian kepada budaya bersantai di premis makan dengan hiasan tersendiri dan hidangan artisan juga mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen berpendapat kafe hipster cenderung untuk mengenakan caj mahal terhadap makanan yang bermutu sederhana.
Cafe hipster ice lemon tea rm8 #mahalGila https://t.co/FqAP0PtLRB
— gha (@Jihaunisme) January 5, 2016
Kafe hipster sumpah #MahalGila . Ada satu kafe tu air kosong free je biasa la kedai hipster tuang sendiri tp bila minta ais pergh 70 sen.
— Haris (@hftris) January 5, 2016
Kafe hipster harga #mahalgila tapi rasa biasa-biasa sangat elok makan kertas a4.
— Juanne cuti sem (@JuainiKhusairi) January 5, 2016
Pilihan harga di tangan pengguna
Namun begitu, ramai juga netizen yang menganggap caj mahal yang dikenakan oleh premis makanan bukan suatu isu yang perlu diperbesar.
Mereka menekankan bahawa pilihan terletak di tangan pengguna yang perlu memilih premis makanan berdasarkan kemampuan sendiri.
Kenapa nk bandingkan kafe hipster dgn kedai biasa? Customer ttp dtg walaupun harga 'mahal'? Sbb apa? 'Mahal' bagi org lain lain. #MahalGila
— Niesa Hana (@NiesaHana) January 5, 2016
'Mahal' tu terpulang kpd individu sendiri utk define mcm mana. Bagi sy, selagi mampu bayar & berbaloi utk dibayar, itu bkn mahal. #MahalGila
— Niesa Hana (@NiesaHana) January 5, 2016
McD, KFC jual milo harga RM4 jugak. Tapi setia jugak semua orang beli selama ni... #MahalGila https://t.co/Ei7btJTnaF
— Unichanzzz (@muznimustapa) January 5, 2016
#MahalGila katanyer tapi pi jugak makan tempat tu... Sape gila sbnr nye? https://t.co/NQuE5V2LHB
— far.hana (@fabulousnana) January 5, 2016
Topic Berkaitan
##MahalGila
#harga makanan mahal
#milo ais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan