awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas

Bernama
Bernama
28/09/2017
12:06 MYT
Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand  tahun lepas
Trend pertumbuhan kukuh dalam ketibaan pelancong dari Thailand dijangka berterusan tahun ini. - Gambar fail
Kira-kira 1.8 juta pelancong dari Thailand melawat Malaysia tahun lepas, meningkat 32.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2015, menurut Tourism Malaysia Thailand.
Trend pertumbuhan kukuh dalam ketibaan pelancong dari Thailand dijangka berterusan tahun ini, kata pengarahnya Abdul Haris Hadi.
"Dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah kedatangan pelancong dari Thailand ke Malaysia mencatatkan peningkatan 9.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas," katanya pada seminar pelancongan bagi media dan ejen pelancongan tempatan anjuran Tourism Malaysia Thailand di Hatyai, selatan Thailand, baru-baru ini.
Beliau berkata secara keseluruhan, Malaysia merekodkan peningkatan empat peratus dalam jumlah ketibaan pelancong tahun lepas iaitu 26.7 juta orang, menjana hasil daripada pelancongan sebanyak RM82.1 bilion bagi negara itu.
Pada 2015, negara menerima hasil daripada pelancongan sebanyak RM69.1 bilion.
Abdul Haris berkata menerusi seminar berkenaan, pihaknya berharap untuk menjalin dan memperkukuhkan hubungan di kalangan media serta peserta industri di seluruh Thailand dan di wilayah selatan seperti Hatyai, Songkla dan bandar lain.
Seminar itu akan memberi maklumat terkini kepada media dan ejen pelancongan tempatan berkaitan produk pelancongan terbaharu serta tempat menarik di Malaysia selain mewujudkan pakej pelancongan menggunakan pelbagai kaedah pengangkutan, katanya.
Beberapa pegawai kanan daripada ibu pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menyampaikan ceramah dalam seminar sehari itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Malaysia
#pelancong
#pelancongan
#Thailand
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan