awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa simbah asid muncul di pentas Minggu Fesyen New York

Syafique Shuib
Syafique Shuib
09/09/2016
23:54 MYT
Mangsa simbah asid muncul di pentas Minggu Fesyen New York
Reshma Qureshi, 19, diundang atas kempen #EndAcidSale yang bertujuan untuk memerangi penjualan asid. - Sumber foto: Facebook/Alajadi Media
SEORANG mangsa serangan asid dari India meraih pujian ramai setelah muncul di pentas berprestij Minggu Fesyen New York yang bermula pada Khamis.
Reshma Qureshi, 19, diundang atas kempen #EndAcidSale yang bertujuan untuk memerangi penjualan asid.
Reshma memakai baju rekaan Archana Kochhar dari India dan berkata pengalaman itu merupakan satu detik indah dalam hidupnya.
“Ia merupakan satu pengalaman yang bagus. Saya benar-benar merasakan pengalaman ini telah merubah kehidupan saya,” katanya memetik laporan portal ABC News.
Dalam insiden pada 2004 itu, Reshma disimbah asid oleh abang ipar dan rakan-rakannya.
Beliau bercita-cita untuk menghabiskan sekolah menengah dan meneruskan pengajian di peringkat kolej. Beliau berharap kemunculannya dalam pentas New York Fashion Week dapat membawa mesej positif kepada mangsa-mangsa kes asid.
“Kenapa kita tidak boleh menikmati kehidupan. Apa yang terjadi kepada kita bukan salah kita.
“Kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan perlu menerukan kehidupan ini,” katanya.
Sementara itu, penampilan Reshma di New York mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen, khususnya dari India.
Bravo!! Reshma Qureshi an Indian girl who was hit by an acid attack by in laws proudly particpate in #US FashionWeek https://t.co/hXM3U320re
— Zain Ul Abideen (@Abidin_Xain) September 9, 2016
Truly proud of Reshma Qureshi who walked the ramp at NY fashion week. You're an inspiration to many. Congratulations #EndAcidSale
— Annette Ralte (@colney_ann) September 9, 2016
#EndAcidSale So PROUD of HER https://t.co/FjZO1ZG96K
— Dean (@JensenDean78) September 8, 2016
#EndAcidSale #India No honour in murder or acid attacks. https://t.co/uNUnTFaUfp
— Michael Dowling (@MeckeringBoy) September 9, 2016
#ReshmaQureshi, the face of the #EndAcidSale movement will grace the stage of #NYFW: https://t.co/L6yOggsV3r pic.twitter.com/y7yxCA3IZ7
— Madison Darbyshire (@MADarbyshire) September 7, 2016
Menurut laporan ABC News, Reshma turut popular di YouTube menerusi kempen video ‘Make Love Not Scars’.
Video yang dirakan di Mumbai menampilkan Reshma memberikan tip solekan dan kencantikan.
Topic Berkaitan
#New York Fashion Week
#Reshma Qureshi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan