awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara Moshed trending di Decentraland!

Hilal Azmi
Hilal Azmi
12/03/2022
04:49 MYT
Menara Moshed trending di Decentraland!
Rakyat Malaysia dilihat mula berkumpul di tanah maya Decentraland sempena pelancaran NFT Rompak.
KUALA LUMPUR: Dunia maya Decentraland merupakan satu lokasi di mana pemilik-pemilik tanah maya boleh membangunkan tanah mereka mengikut kreativiti masing-masing.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Intraday, Moshed Mohamad tidak ketinggalan untuk memiliki tanah maya ini pada harga sekitar RM70,000.
Sempena pelancaran jualan awam NFT Rompak yang diadakan pada Khamis, ahli komuniti Intraday NFT turut mengambil peluang untuk 'menikmati' suasana di sekitar Menara Moshed di tanah maya Decentraland.
Ketika majlis berlangsung, sekitar 150 ahli komuniti Intraday NFT hadir untuk melihat sendiri NFT Rompak yang dilancarkan.
"Saya rasa ini merupakan situasi paling meriah di Decentraland selama saya memiliki tanah maya ini," kata Moshed ketika majlis berlangsung di Decentraland pada Khamis.
Tambahnya, belum ada lagi mana-mana rakyat Malaysia yang mengadakan aktiviti di Decentraland dan mendapat perhatian ramai.
Menurut pengamatan Astro AWANI, Moshed Tower telah trending di papan utama Decentraland selepas menerima lebih 100 'tetamu' dari pelbagai negara.
Papan utama Decentraland menunjukkan Menara Moshed trending
Papan utama Decentraland menunjukkan Menara Moshed trending pada Khamis
Decentraland menawarkan pengalaman dunia maya, atau apa yang dikatakan ramai sebagai alam meta.
Ia membolehkan pengguna membeli tanah, membina bangunan, membeli barangan, dan bertemu dengan orang.
Decentraland turut mengintegrasikan penggunaaan rantaian-blok, dan menggunakan kriptowang dinamakan Mana.
Topic Berkaitan
#Moshed Tower
#Decentraland
#NFT
#NFT Rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan