RAKYAT Malaysia dan Indonesia, walaupun mempunyai pandangan berbeza, masih berkongsi persamaan dalam banyak perkara.
Atas perbezaan dan persamaan itu mendorong Segaris Art Centre mengumpulkan beberapa bekas pelajar fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bekas pelajar Institut Seni Indonesia (ISI) Yogyakarta dalam satu pameran yang diberi judul BEDA.
Menurut kurator BEDA, Nizam Rahmat, pameran ini bertujuan meraikan kekuatan, semangat, warisan dan hubungan yang telah lama terjalin.
Jelas Nizam, anak syarikat UiTM Art and Design Sdn Bhd itu berusaha untuk bekerjasama dengan fakulti seni atau universiti seni dengan membawa bekas-bekas pelajar untuk mengadakan pameran di negara ini.
"Contohnya dengan Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta yang dianggap 'gergasi' dalam melahirkan pelajar-pelajar dalam fakulti seni.
"Kita (Segaris Art Centre) melihat ada perkara yang boleh kita belajar dari pengkarya-pengkarya dari negara luar, jadi kenapa tidak kita bekerjasama.
"Dengan ISI ini kita mulakan dengan membawa mereka ke sini (Kuala Lumpur) dan mungkin selepas ini, kita pula ke tempat mereka (Yogyakarta)," katanya kepada Astro AWANI ketika perasmian pameran BEDA di Segaris Art Centre, Publika, baru-baru ini.
Bercerita lanjut tentang BEDA, Nizam menjelaskan tajuk atau tema itu dipilih kerana beda atau perbezaan merupakan lawan kepada persamaan.
Ujar beliau, dalam perbezaan yang dirasakan terutama dalam bidang seni sebenarnya terdapat banyak juga persamaan antara pengkarya kedua-dua negara.
"Selalu kita rasa kita berbeza dengan mereka, berbeza banyak terutama dalam seni, tetapi kalau kita kaji betul-betul sebenarnya tidak ada banyak beza.
"Perbezaan itu tetap ada tetapi masih ada persamaan, antaranya pengkarya atau seniman di kedua-dua negara berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karya yang bagus di samping mencari rezeki," katanya.
Nizam juga berpendapat dalam perbezaan karya antara kedua-dua negara itu, ada perkara yang boleh dipelajari oleh pengkarya-pengkarya.
"Mungkin ada yang bagus daripada pihak mereka kita boleh belajar dan ada yang bagus daripada pihak kita yang mereka boleh belajar," jelas beliau.
Untuk masa hadapan, Nizam berharap agar pengkarya atau seniman di Malaysia dapat setanding dengan seniman di Indonesia dari segi penghasilan karya.
Bagi yang berminat untuk melihat hasil karya bekas pelajar fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM dan Institut Seni Indonesia, pameran BEDA berlangsung di Segaris Art Centre, Publika hingga 25 Ogos ini.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 12 2019
BEDA berlangsung di Segaris Art Centre, Publika hingga 25 Ogos nanti. - Gambar Astro AWANI
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Sama dalam BEDA
Pameran kerjasama antara alumni fakulti seni lukis dan seni reka UiTM dan Institut Seni Indonesia.
Mencari persamaan dalam BEDA
Pameran ini bertujuan meraikan kekuatan, semangat, warisan dan hubungan yangtelah lama terjalin.