KUALA LUMPUR: Telekung dipakai untuk menutup seluruh tubuh seorang wanita semasa mengerjakan solat dan digunakan dalam masyarakat Melayu sebagai pakaian khusus.

Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi terutama bagi wanita kurang upaya adalah dari segi potongan yang sesuai serta pemakaian yang selesa untuk mengerjakan ibadah solat di atas kerusi roda.

Sebahagian besar rekaan telekung yang terdapat di pasaran direka dengan hanya satu fungsi dan mempunyai dua bahagian; iaitu bahagian atas direka supaya dapat menutup keseluruhan bahagian kepala sehingga ke paras lutut, manakala bahagian bawah pula direka dalam bentuk kain labuh dan longgar, menutupi bahagian pinggang hingga kaki.

Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi pratikal, versatile dan keselesaan.

Satu penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk serta menganalisa keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang telekung untuk kegunaan  solat bagi pengguna kerusi roda

Justeru,bagi memenuhi keperluan ibadah buat wanita golongan kelainan upaya (OKU), Pensyarah Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Temerloh, Fara Azeerin A. Karim, 38 tahun, tampil dengan rekaan telekung khusus untuk kegunaan golongan terbabit.

Ujarnya, satu penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk serta menganalisis keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang telekung untuk kegunaan solat bagi pengguna kerusi roda.

“Terdapat 3 jenis koleksi 'adaptive telekung' berjaya dihasilkan iaitu Qassia, Qayra dan Qhawla. Setiap koleksi mempunyai fungsi yang berbeza,” katanya.

Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan dalam perjalanan seperti umrah, haji, bercuti dan sebagainya.

Ia menggunakan material anti kedut (less iron) serta kalis air dan mempunyai satu bahagian sahaja. Turut didatangkan dengan beg untuk menyimpan telekung serta mesra pengguna.

Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan travel seperti Umrah, haji, bercuti dan sebagainya.


Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan travel seperti Umrah, haji, bercuti dan sebagainya.


Sementara itu, rekaan kedua, Qayra mempunyai dua bahagian serta berbentuk klasik siluet.

“Bahagian atas lebih pendek, serta rekaan bahagian belakang lebih pendek dari reka bentuk telekung yang berada di pasaran, kerana wanita yang solat di atas kerusi roda tidak memerlukan bahagian belakang yang labuh.

"Ia akan menyukarkan mereka untuk membetulkan telekung terutama pada bahagian belakang. Sementara bahagian kain pula berbentuk apron,” jelasnya.

Fara berkata, rekaan itu bagi membantu wanita yang mempunyai masalah pergerakan untuk mengangkat badan seperti yang mengalami spinal cord injury, di mana mereka terpaksa berusaha keras untuk mengenakan pakaian, terutama pada bahagian kaki.

Rekaan ini juga didatangkan dengan beg, serta bahagian telekung atas boleh dijadikan khimar.

Qayra mempunyai 2 bahagian serta bertuk klasik siluet


Bahagian atas lebih pendek serta rekaan bahagian belakang lebih pendek dari reka bentuk telekung yang berada di pasaran kerana wanita yang solat di atas kerusi roda tidak memerlukan bahagian belakang yang labuh


Yang terakhir, rekaan ketiga yang dinamakan Qhawla direka khusus untuk wanita kurang upaya menjalankan aktiviti seperti riadah atau bekerja di pejabat.

"Ia sedia untuk dipakai (ready to wear) serta mempunyai dua bahagian iaitu blaus dan seluar,” katanya.

Tambah beliau, Qhawla mempunyai ciri-ciri pakaian adaptive seperti bukaan di bahagian belakang, menggunakan velcro  dan magnetic button.

Beliau juga menerangkan, bahagian cuff di bahagian tangan boleh ditukar kepada sarung tangan manakala cuff di bahagian pergelangan kaki boleh ditukar menjadi stokin.

“Rekaan mesra wuduk dan pelbagai fungsi ini dapat membantu wanita kurang upaya, bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna, tetapi juga memudahkan pergerakan ketika menunaikan solat,” ujarnya lagi.

Qhawla - direka khusus untuk mereka menjalankan aktiviti seperti beriadah atau bekerja di pejabat


Qhawla mempunyai ciri-ciri pakaian adaptive seperti bukaan dibahagian belakang, menggunakan velcro  dan magnetic button