awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mrs Malaysia World 2022 lakar nama dalam Malaysia Book of Records

Bernama
Bernama
05/12/2022
05:56 MYT
Mrs Malaysia World 2022 lakar nama dalam Malaysia Book of Records
Olivia akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas dari 10 hingga 17 Disember ini. - Facebook/Olivia Nicholas
KUALA LUMPUR: Olivia Nicholas yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Mrs World 2022 di Las Vegas bulan ini, sudah pun melakar nama dalam Malaysia Book of Records.
Peguam berusia 30 tahun dari Ipoh, Perak itu yang dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2022 pada Oktober, mencipta rekod negara apabila mengenakan busana kebangsaan yang dihiasi dengan syiling lima sen terbanyak - sebanyak 10,000 keping.
Busana yang akan dipakai beliau pada pertandingan Mrs World 2022 pada 17 Disember nanti, dipaparkan di sini malam tadi.
Olivia menggayakan pakaian itu, yang menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak, serta mencipta sejarah dalam pertandingan ratu cantik Malaysia apabila beliau muncul sebagai Ratu 'Destar Siga' pada majlis itu yang turut disaksikan oleh wakil daripada Malaysia Book of Records.
Syiling lima sen itu mempunyai motif kain 'Destar Siga' iaitu kain tenunan bentuk asli yang berasal daripada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dan digunakan sebagai hiasan kepala semasa upacara tradisional.
Pereka dari Sarawak Saran Anak Lagong telah mencipta kostum itu, kata Pengarah Kebangsaan Mrs World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur.
Beliau berkata Olivia akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas dari 10 hingga 17 Disember ini.
Olivia akan ditemani suaminya Dr Sandeep Menon ke acara itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#olivia nicholas
#Mrs World
#Las Vegas
#ratu cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan