Pun begitu, tidak semudah untuk kita membuat keputusan warna apa yang kita nak kenakan. Kebanyakan orang ‘takut’ kepada warna. Yang selalu saya dengar ialah: "Oh I am a monochromatic person."
Tidak kurang yang akan memberi reaksi: "Oh no not yellow, that’s not me."
Pendek kata macam-macam lagilah alasan yang diberi. But why not? Why not red? Why not chartreuse? why not fuschia?
Ketika bergelar pelajar seni lukis dan seni reka dulu, saya selalu terfikir kenapa kita dilahirkan berkulit kuning langsat, sawo matang?
Sebenarnya warna kulit kita adalah warna neutral. God is great. Allah tidak mewarnakan kulit kita biru, merah atau kuning. Tapi pewarnaan natural kita adalah neutral.
Dalam satu kajian yang dibuat, warna neutral merupakan warna yang tidak akan mempengaruhi warna-warna lain yang diletak disebelahnya.
Maknanya, kita sepatutnya boleh mengenakan apa-apa warna sekalipun sebab pewarnaan kita adalah neutral.
Kita mesti berani mencuba warna. Cuba lihat penggunaan warna dalam budaya masyarakat India, sangat menarik.
Warna boleh mempengaruhi emosi kita tapi saya tidak menggalakan keadaan ini berlaku kepada anda.
Malah, kita tidak boleh membenarkan apa-apa elemen daripada mempengaruhi decision making kita.
Sebaliknya, kita sepatutnya mengguna warna to our advantage. Contohnya, jika kita ingin menarik perhatian seseorang, kita patut mengenakan warna-warna terang.
Jika kita ingin menunjuk authority, warna-warna gelap saperti biru gelap, coklat gelap atau hitam lebih digalakkan. Kalau kita di dalam keadaan tertekan (depressed), jangan dilayan sangat emosi sedemikian.
Sebaliknya, kita kena berusaha secara sedar untuk keluar dari ‘ruang’ yang agak gelap ini dan kembali pulih pada normal. Salah satu cara ialah mengenakan baju berwarna cerah atau terang.
Let’s take another step dalam gabungan gabungan warna. Fashion does not stagnate. Kemajuan teknologi semasa mempengaruhi fesyen. Fesyen sentiasa bergerak, berkembang, berubah. Begitu juga nilai-nilai estetika.
Kemajuan teknologi juga membuka minda kita untuk melihat dan menghargai nilai-nilai estetika baharu.
Warna dan kombinasi warna yang tidak wujud di dalam budaya budaya barat dahulu, sekarang telah wujud.
Contohnya, 20 tahun dahulu, pereka pereka fesyen barat mempersembahkan koleksi musim luruh dan sejuk dalam warna warna gelap dan hitam saja. Tapi tidak lagi sekarang ya!
Ramai pereka telah memasukkan warna-warna terang di dalam koleksi musim luruh dan sejuk mereka.
Sebagai pengguna, kita juga harus bergerak selari dengan perubahan perubahan di sekeliling kita dan menerima pakai perubahan ini di dalam kehidupan seharian kita.
Jadi, jangan sesekali takut dengan warna...
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.