HAMPIR setahun ditangguhkan, akhirnya Olimpik Tokyo dilangsungkan.

Berlangsung dalam era pandemik, tuan rumah terpaksa melaksanakan beberapa peraturan dan larangan bagi meminimumkan risiko jangkitan wabak COVID-19 yang belum menunjukkan petanda akan reda.

Berikut adalah kelainan yang anda akan saksikan sepanjang hampir tiga minggu acara berlangsung.

1. Pemenang akan mengambil pingat dan memakainya sendiri. Mereka dilarang bersalaman atau berpelukan dan kesemua pemenang dikehendaki memakai topeng muka.

2. Beberapa kebiasaan atlet akan dilarang. Sebagai contoh, pemain tidak akan dibenarkan menyentuh meja dengan tangan atau tuala, atau meniup bola. Tingkah laku ini adalah tabiat atau kebiasaan bagi pemain pingpong semasa perlawanan.

Banyak peraturan baharu diperkenalkan bagi meminimumkan risiko COVID-19.

3. Penonton hanya dibenarkan masuk di tiga lokasi, iaitu lokasi acara trek berbasikal dan bola sepak. Namun, penganjur bercadang menggunakan bunyi sorakan dan tepukan untuk memberi semangat kepada atlet.

4. Untuk media, ujian saringan COVID-19 mesti dijalankan dalam tempoh 96 jam sebelum tiba di Jepun. Dalam tempoh 14 hari pertama tiba di Jepun, mereka tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam dan pendaftaran hanya dibenarkan sebelum ketibaan. Selama berada di Jepun, mereka akan dipantau melalui fungsi GPS telefon pintar mereka.

5. Perkampungan Olimpik Tokyo 2020 menggunakan bahan yang boleh diperbaharui, berkonsepkan "kurangkan", "guna semula" dan "kitar semula" yang merupakan salah satu tema Sukan Olimpik kali ini.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, 2021.