GAYA HIDUP
Pameran Galeri Kuat Zat Besi Dugro, cegah anemia kekurangan zat besi awal

Nancy (lima, tengah) bersama tetamu kehormat ketika sesi bergambar di Majlis Pelancaran Pameran ‘Galeri Kuat Zat Besi’ Dugro di IOI City Mall, Putrajaya. - Foto Dugro Malaysia
PUTRAJAYA: Di sebalik wajah ceria kanak-kanak, ramai yang bergelut dengan masalah kesihatan senyap anemia kekurangan zat besi (IDA). Ia bukan hanya sekadar isu pemakanan, tetapi krisis yang mampu menjejaskan tumbesaran, pembelajaran, dan masa depan.
Ringkasan AI
- Di sebalik wajah ceria kanak-kanak, ramai yang bergelut dengan masalah kesihatan senyap Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA). Ia bukan hanya sekadar isu pemakanan, tetapi krisis yang mampu menjejaskan tumbesaran, pembelajaran, dan masa depan.Susulan itu, Danone Specialized Nutrition Malaysia melancarkan pameran Galeri Kuat Zat Besi Dugro di IOI City Mall, Putrajaya bertujuan mempamerkan fakta dan data, di samping membawa kisah sebenar, perjuangan, harapan dan inspirasi.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sudah tiba masanya Malaysia bergerak ke hadapan dan meningkatkan kesedaran kepada tindakan nyata.
“IDA bukan sekadar masalah kesihatan, ia adalah cabaran ekonomi dan pembangunan yang mendesak.
“Kerjasama kami dengan Danone menekankan keperluan untuk tindakan dasar segera, pelaksanaan mandatori saringan nutrisi awal, serta penyelesaian pencegahan yang mampan,” katanya ketika merasmikan Pameran ‘Galeri Kuat Zat Besi’ Dugro di IOI City Mall, di sini.

Pengurus Negara Danone Koh Kok Meng ketika mengiringi Datuk Seri Nancy Shukri ke sekitar Pameran ‘Galeri Kuat Zat Besi’ Dugro. - Foto Dugro Malaysia
Sementara itu, Profesor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin dari Universiti Malaya mengingatkan, 90 peratus kanak-kanak dengan IDA tidak menunjukkan simptom, namun mereka berisiko terbantut tumbesaran dan mencatat skor IQ lebih rendah.
“Anemia kekurangan zat besi (IDA) merupakan isu kesihatan yang serius dan meluas dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kajian Iron Strong# mendapati bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak berisiko mengalami anemia. Kekurangan zat besi adalah punca utama anemia.
“Kanak-kanak yang mengalami IDA mempunyai skor IQ 13 % 1 lebih rendah, masalah memori, dan kesukaran untuk fokus, yang boleh menjejaskan pembelajaran dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
“Apa yang menjadikan IDA lebih mencabar ialah sehingga 90% kanak-kanak yang terjejas mungkin kelihatan sihat, menjadikan pengesanan awal sukar. Oleh itu, saringan tahunan bagi kanak-kanak berumur satu sehingga lima tahun amat digalakkan untuk mengenal pasti dan menangani masalah ini lebih awal,” jelasnya.

(Dari kiri) Koh Kok Meng, Datuk Seri Nancy Shukri dan Yee Pek Kuan di sekitar Pameran ‘Galeri Kuat Zat Besi’ Dugro. - Foto Dugro Malaysia
Dalam pada itu, Pengarah Hab Sains Perubatan & Pemakanan Asia Tenggara, Danone Specialized Nutrition Malaysia & Singapura, Angie Low berkata, pemakanan yang baik adalah kunci untuk mencegah Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA).
“Keperluan zat besi bagi kanak-kanak adalah jauh lebih tinggi berbanding orang dewasa untuk menyokong fasa pertumbuhan pesat, terutamanya ketika pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak berada pada tahap maksimum.
“Susu untuk kanak-kanak yang diperkaya seperti Dugro dengan Zat Besi Aktif menawarkan sumber zat besi, dipertingkatkan dengan vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik,” ujarnya.
Selain itu, Pengarah Pemasaran, Danone Specialized Nutrition Malaysia & Singapura, Yee Pek Kuan berkongsi, sejak 2023, Danone bekerjasama dengan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperkukuh saringan dan kesedaran mengenai anemia kekurangan zat besi (IDA) di seluruh Malaysia.
“Danone telah memeterai perkongsian strategik bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk melaksanakan saringan IDA secara menyeluruh dan menganjurkan program komuniti.
“Untuk pelancaran kempen Generasi Kuat Zat Besi tahun ini, Danone menampilkan pengguna sebenar Dumex Dugro sebagai tokoh berpengaruh (KOL) yang terdiri daripada individu berinspirasi daripada pelbagai latar belakang. Mereka menunjukkan bagaimana pemakanan memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan masing-masing,” katanya.
Tokoh berpengaruh (KOL) Dumex Dugro ialah:
- Ziyad, pemenang pingat emas Paralimpik.
- Dr Maha, ahli bioteknologi dan komunikator sains.
- Dion Das, duta budaya dan penghibur.
- Fakhirah, jurutera nanoteknologi.
- Mekyun, pencipta kandungan kreatif.
“Kempen ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tetapi membina generasi kuat zat besi.
Dugro merupakan satu-satunya susu untuk kanak-kanak membesar di Malaysia dengan zat besi aktif yang menyokong penyerapan 3X dan membantu memenuhi 100 peratus keperluan zat besi harian berdasarkan RNI Malaysia untuk kanak-kanak 1-3 tahun dengan hanya tiga gelas sehari,” tambahnya.

Majlis pelancaran diikuti pemotongan ribon oleh Datuk Seri Nancy Shukri sebagai tanda Pameran ‘Galeri Kuat Zat Besi’ Dugro dibuka secara rasmi. - Foto Dugro Malaysia
Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Ogos 2025 ini dilengkapi stesen permainan interaktif, soal selidik digital, dan aktiviti untuk seisi keluarga.
Untuk membantu ibu bapa memantau pengambilan zat besi anak mereka, Dugro menyediakan Soal Selidik Saringan Pengambilan Zat Besi secara percuma dalam talian di https://www.dugro.com.my/bm/ida/Saringan-Pengambilan-Zat-Besi.html yang menganggarkan pengambilan zat besi berdasarkan diet.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami