Syarikat Petronas sekali lagi menampilkan iklan komersial sempena sambutan Tahun Baru Cina. Diberi nama 'Young Hearts', ia telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dan mempunyai banyak komen positif.

Iklan berkenaan menampilkan pasangan kanak-kanak bersemangat semasa membuat persiapan Syarikat Petronas sekali lagi menampilkan iklan komersial sempena sambutan Tahun Baru Cina. Diberi nama 'Young Hearts', ia telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dan mempunyai banyak komen positif.

Iklan berkenaan menampilkan pasangan kanak-kanak bersemangat semasa membuat persiapan perayaan ini. Kanak-kanak perempuan sibuk membeli cheongsam manakala kanak-kanak lelaki pula berpusu-pusu ke kedai gunting rambut. Mereka kemudian menikmati cendol sebelum pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, basikal mereka rosak dan terpaksa berjalan kaki. Ahli keluarga ternanti-nanti kepulangan mereka. Namun pada babak akhir, watak kanak-kanak ini bertukar menjadi pasangan tua.

Pengurus Besar Kanan Bahagian strategi komunikasi Petronas Norliza Kamaruddin berkata jalan cerita filem tesebut adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berpegang kepada nilai-nilai mereka, menghargai budaya mereka dan kepentingan hubungan keluarga.

"Melalui filem ini, kami berharap untuk menyampaikan cerita untuk mengingatkan kita semua untuk melihat kehidupan sama seperti anak-anak muda yang begitu bersemangat dan penuh harapan," kata beliau yang dipetik dari akhbar The Star.


Selain Petronas, syarikat-syarikat gergasi yang lain juga menampilkan iklan Tahun Baru Cina mereka.

Iklan Tenaga Nasional diberi nama 'The Gathering' di mana seorang nenek menarik wayar elektrik ke rumahnya kerana ahli keluarga beliau terlalu sibuk dengan aktiviti masing-masing. Mesej yang ingin disampikan juga tentang kepentingan hubungan keluarga.


Kia Malaysia menampilkan iklan yang berbeza. Syarikat itu memilih elemen lucu dan juga menampilkan aksi-aksi di belakang tabir dalam pembikinan iklannya yang diarah oleh Douglas Lim.