awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat tidak menarik dan kurang berinspirasi, Gen-Y di UK sanggup tukar kerja

Agensi
Agensi
26/03/2018
23:00 MYT
Pejabat tidak menarik dan kurang berinspirasi, Gen-Y di UK sanggup tukar kerja
Persekitaran pejabat yang ketinggalan zaman akan memberi kesan tekanan kepada pekerja untuk bekerja. sumber- gambar fail
Dalam satu kajian terbaru daripada syarikat rekaan pejabat, Mindspace, lebih daripada satu per lima generasi Y (gen-Y) menolak untuk bekerja dengan majikan yang tidak mempunyai rekaan pejabat menepati cita rasa mereka.
Sebanyak 16 peratus responden yang terdiri daripada golongan muda berusia 18-24 tahun bertindak berhenti kerja kerana ruang pejabat tidak menarik.
Manakala 31 peratus pekerja di United Kingdom (UK) mengatakan bahawa persekitaran pejabat mereka tidak dapat memberikan inspirasi.
Dalam pada itu, kajian terhadap 2,000 pekerja di UK mendapati, 28 peratus daripadanya mengatakan pejabat mereka ketinggalan zaman dan ‘suram’.
Walaupun semakin banyak syarikat membina pejabat yang bersifat ‘terbuka’ tetapi hampir separuh responden mengatakan ruang pejabat mereka adalah terhad dan sukar bekerjasama antara rakan sekerja.
Malah hampir satu per empat daripada responden pula menjelaskan, ruangan khas dalam pejabat diperlukan supaya aktiviti perbincangan dapat dilakukan dengan lebih privasi berbanding di meja pejabat.
“Golongan millennial merupakan masa depan tenaga kerja. Beberapa tahun akan datang, lebih 50 peratus daripada mereka akan menguasai tenaga kerja,” kata Pengasas dan Ketua Eksekutif Mindspace, Dan Zakai seperti yang dipetik daripada The Independent.
Tambah beliau, majikan perlu merancang untuk membina ruang yang lebih besar dan mampu menggalakkan kerjasama antara pekerja di dalam pejabat.
Januari lepas, Amazon telah membina satu pejabat berkonsepkan hutan yang mampu menjana idea yang segar serta kreatif bagi melonjakkan produktiviti para pekerja selain menikmati persekitaran alam semulajadi.
Topic Berkaitan
#Belia
#generasi Y
#kerjasama
#kreatif
#mindspace
#pejabat
#segar
#selesa
#tenaga kerja
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan