SIBU: Peminat seni fotografi di seluruh negara dijemput mengambil bahagian dalam Pertandingan Fotografi Warisan Sibu 2022 yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Jumaat.
Pertandingan anjuran persatuan Photographic Society of Sibu dengan kerjasama kementerian itu menawarkan hadiah RM3,000 untuk juara, RM1,500 untuk pemenang tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.
Presiden persatuan itu Peter Lee Pui Wen berkata RM200 akan diberikan sebagai saguhati kepada 10 peserta yang terpilih.
"Peserta boleh menggunakan apa-apa jenis teknologi pengimejan seperti DSLR, kamera tanpa cermin (MILC), telefon pintar mahupun dron asalkan gambar diambil di Sibu dari 2018 hingga Okt tahun ini," katanya dan menambah tarikh akhir penyerahan adalah pada 9 Okt.
Terbahagi kepada tiga kategori - Landskap, 'People' dan Makanan, objektif utama peraduan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meneroka Sibu dan merakam gambar-gambar warisan Sibu, di samping berkongsi pengalaman mereka secara visual.
"Tidak syak lagi bandar Sibu dan sekitarnya menawarkan banyak peluang fotografi dari segi bangunan warisan, monumen dan tapak sejarah.
"Pertandingan fotografi terbuka ini bertujuan memberi inspirasi kepada penciptaan dan penyebaran imej warisan, seni dan budaya, menceritakan kisah silam yang berwarna-warni, dan juga pemuliharaan kekayaan Sibu dalam seni, budaya dan warisan serta penduduknya," kata Abdul Karim.
Beliau seterusnya berjanji pihaknya akan menaik taraf pertandingan itu kepada skala lebih besar yang menawarkan hadiah lebih hebat bagi menarik penyertaan peminat seni fotografi dari seluruh dunia pada masa hadapan, sekiranya peraduan itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh rakyat Malaysia.
Abdul Karim turut memuji inisiatif persatuan itu yang mempromosikan Sibu sebagai destinasi pelancongan melalui pertandingan.
Peminat seni fotografi boleh melayari laman web peraduan di https://pss1952.org/ untuk maklumat lanjut atau menghantar penyertaan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) turut memuji inisiatif persatuan itu yang mempromosikan Sibu sebagai destinasi pelancongan melalui pertandingan. - Foto Facebook/The Photographic Society of Sibu
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peminat seni fotografi dipelawa sertai pertandingan fotografi Warisan Sibu 2022
Pertandingan anjuran persatuan Photographic Society of Sibu dengan kerjasama kementerian itu menawarkan hadiah RM3,000 untuk juara, RM1,500 untuk pemenang tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.