Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng berlepas ke Kathmandu, pada Sabtu bagi melaksanakan misi menawan puncak Gunung Everest.
Lee, 69, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, menerusi penerbangan Malindo Air pada 6.45 petang, disertai dua pendaki lain iaitu Eugene Kwan Jyh Sin dan Chong Nyuk Kooi.
Rombongan itu juga disertai tiga anggota Kelab Lions Port Dickson Pantai (LCPDP) yang akan bertindak sebagai pembantu.
Ini percubaan kali kedua Lee mendaki Gunung Everest bagi menjayakan misi 'The Lion Mount Everest Expedition (MEE) 2017', yang dianjurkan oleh LCPDP.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke puncak Gunung Everest ketika beliau sampai di Kem III di ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk. Gunung Everest berketinggian 8,848 meter.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan rakan media kepada ekspedisi itu.
Pengarah Kewangan bagi ekspedisi itu, Jesu Dass Muthu berkata kesemua mereka akan singgah di Kathmandu, Nepal sebelum meneruskan perjalanan ke Lukla pada 3 April, lokasi di mana terletaknya lapangan terbang yang disifatkan sebagai 'paling berbahaya' yang juga merupakan tempat bermulanya ekspedisi.
Beliau berkata Kwan, 47, dan Chong, 49, akan mengiringi Lee ke 'Base Camp' Gunung Everest, dan Lee kemudian akan meneruskan pendakian ke puncak.
Katanya, beliau bersama Presiden LCPDP Tan Sri Othman Abd Razak, Gabenor Daerah LCPDP Datuk Dr L. Krishnan dan bendahari LCPDP, akan berlepas ke Kathmandu esok, bagi sama-sama memberi dorongan kepada Lee di Lukla, sebelum misi selanjutnya diteruskan.
Bercakap kepada Bernama, Jesu Dass berkata Kwan, Chong dan tiga anggota ekspedisi hanya akan berada selama 18 hari di sana, sebelum pulang semula ke tanah air.
Beliau berkata Lee akan berada di sana sehingga awal Jun bagi melakukan latihan di Base Camp, antaranya berjalan dari kem ke kem serta mendaki gunung lain bertujuan membiasakan diri dengan cuaca sejuk.
Jesu Dass berkata Lim akan berlatih sehingga tingkap atau 'window' pendakian dibuka pada penghujung Mei, di mana semua pendaki dari seluruh dunia berkampung bagi melakukan pendakian ke 'bumbung dunia' itu.
Window hanya dibuka pada penghujung Mei dan biasanya tempoh sehingga tiga hari sahaja dibenarkan bagi setiap pendaki untuk mendaki ke puncak, katanya.
Ditanya mengenai persediaan Lee, Jesu Dass berkata sahabatnya itu cukup bersedia dan berkeyakinan untuk sampai ke puncak sekaligus menyampaikan mesej MEE kepada dunia.
Katanya, berdasarkan pengalaman yang dimiliki serta pengetahuan mengenai selok-belok pendakian, Lee yakin dan menanam keazaman yang tinggi untuk menggapai puncak tertinggi itu.
Lee akan membawa dua mesej penting MEE iaitu untuk mengilham penduduk dari setiap peringkat umur agar berusaha mendapatkan kesihatan yang baik dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat.
Ekspedisi itu juga menyeru supaya dihentikan perbuatan menggondol bukit, penebangan pokok, penebusan tanah dan pembakaran terbuka demi memelihara bumi untuk generasi masa hadapan. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) melihat dari dekat pakaian khas dipakai pendaki tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, ketika mengadakan pertemuan di Parlimen 29 Mac lepas. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Nagarajan stabil, dirawat di hospital
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM.
Seorang lagi pendaki hilang di Everest
Pendaki Hungary itu dipercayai cuba menawan Everest secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.
Misi pencarian Hawari: Pulau Pinang hulur bantuan RM500,000
MMK sebulat suara bersetuju menyalurkan sumbangan RM500,000 bagi meringankan beban kos SAR Muhammad Hawari.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.
Allahyarham Awang Askandar mahu wujudkan pasukan penyelamat ekstrem - Abang
Lebih daripada itu, Allahyarham bercita-cita untuk mewujudkan pasukan penyelamat APM yang mampu melaksanakan tugas dalam cuaca ekstrem.
Jenazah pendaki Malaysia dibawa turun ke Kathmandu hari ini - Wisma Putra
Usaha membawa turun jenazah Pengarah APM Kedah yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini.
Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan
Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.