PENDIDIKAN 4.0 adalah proses membayangkan semula pendidikan sebagai pengalaman sepanjang hayat yang inklusif dan meletakkan tanggungjawab untuk membina kemahiran kepada pelajar, dengan guru dan mentor bertindak sebagai fasilitator dan penggalak.
Berikut ialah tiga kemahiran kritikal yang harus memainkan peranan utama dalam kurikulum pelajar bagi menyediakan mereka, ibu bapa, pendidik dan komuniti perniagaan - yang bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan - untuk melabur dan menaik taraf sistem pendidikan sedia ada demi pembangunan kerjaya pada masa hadapan.
1. Penyelesaian masalah - Pendidikan 4.0
Pelajar yang cekap akan mula cuba menyelesaikan masalah dengan rasa ingin tahu, bersedia untuk menerima cabaran di hadapan mereka. Bekerja secara berdikari atau bersama orang lain, pelajar mengkaji situasi dan bertanya soalan untuk mengenal pasti punca masalah, secara kolaboratif memikirkan penyelesaian yang berpotensi sebaik sahaja puncanya disahkan, mencuba dan menguji penyelesaian dalam skala kecil, menyemak hasil ujian tersebut serta skala enyelesaian terbaik dan terus membuat pemantauan untuk memastikan penyelesaian itu benar-benar berhasil. Sepanjang perjalanan, pelajar membina dan bergantung pada blok binaan penyelesaian masalah, iaitu kreativiti, analisis data, ketabahan dan pemikiran kritis.
Dalam siri pengajaran kemahiran masa depan oleh Institusi Brookings, seorang tenaga pengajar, Kate Mills, menerangkan cara "menormalkan masalah" dalam bilik darjahnya, mencari peluang untuk mempamerkan cara pelajar lain mengatasi masalah, menamakan dan menerangkan langkah yang mereka gunakan.
2. Kerjasama - Pendidikan 4.0
Pada terasnya, kerjasama adalah tentang bekerja dengan baik bersama pihak lain, kadangkala sebagai ketua pasukan atau sebagai ahli pasukan. Pelajar kolaboratif mempunyai pengaruh menerusi data dan pemujukan yang berkesan dan menunjukkan kesediaan untuk mengubah fikiran apabila berhadapan dengan bukti yang bertentangan dengan kepercayaan awal mereka.
Kolaborator yang berkesan membina hubungan dengan semua jenis personaliti, gaya kerja dan latar belakang, bertindak pantas untuk mengurangkan ketegangan dan menyelesaikan konflik dalam pasukan. Dan, mereka adalah penyampai yang menghormati, sama ada berkomunikasi secara peribadi, menerusi kamera, melalui audio, melalui penulisan atau mendengar secara aktif.
Laporan daripada Pearson Education mengesyorkan menyusun pelajar ke dalam pelbagai kumpulan berbeza untuk pelbagai tugas dan projek, meletakkan pelajar dalam pelbagai peranan untuk memastikan mereka melalui pelbagai tanggungjawab dan situasi serta mengajar bagaimana untuk menjalankan penilaian rakan sebaya yang jujur dan membina. Laporan itu juga mengesahkan bahawa pelajar yang mempunyai kemahiran kerjasama yang kuat mempunyai prospek pekerjaan dan kemajuan yang lebih baik.
3. Kebolehsesuaian - Pendidikan 4.0
Keupayaan untuk terus menyesuaikan diri dengan situasi dan realiti baharu telah lama dipandang remeh kerana kebolehsesuaian adalah mencabar untuk ditentukan. Kemahiran penyesuaian terdiri daripada keselesaan tertentu dengan ketidakpastian, perubahan mendadak dan keadaan yang tidak biasa kepada keupayaan untuk membuat keputusan yang berkesan dan membangunkan penyelesaian inovatif di bawah tekanan. Belia yang boleh menyesuaikan diri sebagai pemimpin atau pengikut. Mereka mengalu-alukan peluang untuk mempelajari topik baharu, menguasai kemahiran baharu dan menguji diri mereka sendiri.
Pasukan penyelidik Australia, yang diketuai oleh Andrew J. Martin, telah mengkaji tindak balas pelajar terhadap ketidakpastian, pembaharuan dan perubahan selama sedekad yang lalu, dengan menyatakan bahawa pembelajaran untuk menyesuaikan diri memerlukan penyesuaian kognitif, tingkah laku efektif (emosi) yang termasuk membangunkan daya tahan dan peraturan kendiri.
Satu pendekatan untuk mengajar penyesuaian diri adalah dengan mewujudkan proses terkawal kendiri di mana pelajar menilai sendiri kecekapan mereka dalam bidang tertentu, menetapkan matlamat pembelajaran, bekerja untuk membina pengalaman dan kemahiran, menilai semula kecekapan, mengenal pasti pengubahsuaian yang diperlukan untuk menambah baik dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, dengan menyesuai dan mengubah suai kemahiran dan tingkah laku, hasil daripada penilaian dan maklum balas, membolehkan golongan muda mempunyai minda yang mampu membuat penyesuaian diri.
Kemunculan Pendidikan 4.0 menawarkan peluang unik untuk menaik taraf sistem pendidikan kita bagi memastikan kita dapat menyediakan seramai dua bilion anak muda di dunia ini untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat dengan berkesan, di samping mengurangkan ketidaksamaan dalam sistem pendidikan dan memanfaatkan perkembangan teknologi pendidikan. Dengan memusatkan pembinaan kemahiran individu dan pembelajaran bilik darjah di sekitar penyelesaian masalah, kolaborasi dan kebolehsuaian, Pendidikan 4.0 menawarkan peluang terbaik kepada golongan muda untuk berjaya dalam ekonomi global.
* DITERJEMAH DARI ARTIKEL ASAL DI WORLD ECONOMIC FORUM
Agensi
Sat Jan 07 2023
Pelajar yang cekap akan cuba menyelesaikan masalah dengan rasa ingin tahu dan bersedia untuk menghadapi cabaran di hadapan mereka. - Gambar hiasan/BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terokai peluang peningkatan kemahiran, laluan kerjaya baharu di platform MyMAHIR
MyMAHIR akan memberikan huraian kerja, kemahiran asas dan khusus yang diperlukan bagi jawatan yang dipilih.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.
UTMSPACE akan tawar program TVET Termaju - CEO UTMSPACE
UTMSPACE akan tawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Termaju.
MITRA pertingkat program pemantapan ilmu, kemahiran - Ramanan
MITRA sedang berusaha untuk merancakkan program yang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.
Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran - Ahmad Zahid
Perkara itu jadi keutamaan kerana terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian mengendalikan soal pendidikan itu.
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Kewujudan AI, bukan halangan kepada prospek kerja belia - Kajian
Biarpun kewujudan kecerdasan buatan (AI) sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka.
Belia Orang Asli perlu rebut peluang tingkat kemahiran dalam TVET
Tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi harus menjadi tonggak utama dalam diri belia Orang Asli agar seiring kehendak semasa.
TVET JELITA sasar penyertaan 150,000 wanita menjelang 2026 - Ahmad Zahid
Walaupun sasaran awalnya 15,000 peserta, sehingga kini program itu sudah menerima 7,000 permohonan dengan 10 bidang kemahiran ditawarkan.
TVET laluan baharu ke arah pertumbuhan ekonomi
Individu yang mempunyai kemahiran teknikal, berupaya mengharungi kemajuan teknologi yang sedang dihadapi dunia yang banyak menyokong keperluan hari ini.