awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perayaan Warisan George Town 2017 galakkan orang ramai pulihara tradisi lisan

Bernama
Bernama
02/06/2017
13:33 MYT
Perayaan Warisan George Town 2017 galakkan orang ramai pulihara tradisi lisan
Acara anjuran George Town World Heritage Inc (GTWHI) dan bertemakan ''Walk The Talk: Oral Traditions and Expressions'' (Kata Dikota: Tradisi dan Ekspresi Lisan), akan didakan selama tiga hari bermula 7 Julai. - Bernama
Perayaan Warisan George Town tahun ini akan memberi inspirasi kepada orang ramai supaya memulihara tradisi dan ekspresi lisan, kaedah yang menjadi amalan sebelum wujudnya dunia percetakan.
Acara anjuran George Town World Heritage Inc (GTWHI) dan bertemakan ''Walk The Talk: Oral Traditions and Expressions'' (Kata Dikota: Tradisi dan Ekspresi Lisan), akan didakan selama tiga hari bermula 7 Julai.
Pengurus Besar GTWHI Ang Ming Chee berkata masyarakat seluruh dunia telah menggunakan pelbagai tradisi dan ekspresi lisan untuk menyebarkan ilmu, budaya dan nilai sosial serta peristiwa yang menjadi kenang-kenangan.
"Tradisi ini meliputi pelbagai bentuk pengucapan termasuk peribahasa, teka-teki, lagu kanak-kanak, mitos, epik, mantera, persembahan dan cerita rakyat.
"Kami berharap akan dapat memberi ilham kepada lebih banyak orang untuk memulihara tradisi ini dengan terus mengamalkannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, antara program yang disusun ialah pameran, laluan warisan di sekitar kawasan perdagangan, rumah terbuka oleh pelbagai tempat ibadat, permainan interaktif yang berkisar tentang seni bina dan tradisi pelbagai masyarakat serta festival jalanan.
Katanya, pameran yang diadakan akan menampilkan catatan mengenai Tapak Warisan Dunia George Town, Perayaan Warisan George Town dan lebih 30 contoh tradisi dan ekspresi lisan daripada kumpulan masyarakat yang mengambil bahagian.
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perayaan itu diadakan pada Julai setiap tahun bagi menyambut ulang tahun pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#George Town
#Lim Guan Eng
#perayaan warisan
#Unesco
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan