Himpunan Pendikir Muda 2020 yang membuka tirai Kalendar Pelancongan Terengganu tahun ini berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi 'Persembahan Dikir Barat Pelbagai Bahasa Terbesar'.
Persembahan yang disertai 2,020 pendikir muda itu berlangsung selama sejam tanpa henti dengan lapan bahasa iaitu bahasa Melayu, Hindi, China, Jepun, Jawa, Inggeris, Thai dan Arab.
Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pegawai Penyelidik MBOR, Nurul Fatihah Mahmood kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman selepas tamat persembahan tersebut yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Nurul Fatihah ketika mengumumkan perkara itu berkata pihaknya berpuas hati dengan persembahan tersebut yang disertai 2,020 pendikir muda dengan lapan bahasa untuk diiktiraf dalam MBOR bagi Persembahan Dikir Barat Pelbagai Bahasa Terbesar.
Sementara itu, Ariffin berkata idea Himpunan Pendikir Muda 2020 mula tercetus susulan kejayaan penganjuran Pertandingan Dikir Barat Sekolah-Sekolah negeri Terengganu pada 2018 dan 2019.
"Melihat sambutan luar biasa daripada sekolah yang terlibat, maka kerangka kerja disusun sebagai tanda aras pencapaian dalam penganjuran program dikir barat dan ia berjaya direalisasikan.
"Semoga pengiktirafan ini akan menyemarakkan lagi seni budaya warisan kita yang diharap dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat agar lebih cintakan seni budaya negara," katanya.
Himpunan Pendikir Muda itu adalah antara 26 aktiviti dalam Kalendar Pelancongan Terengganu tahun ini selain 114 program berskala lebih kecil untuk menggamit kedatangan pelancong ke Terengganu pada tahun ini.
Persembahan yang melibatkan 68 sekolah, tiga institusi pengajian tinggi awam dan 12 kumpulan pendikir belia itu telah memulakan latihan sejak dua bulan lalu.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penggiat Seni Dikir Negeri Terengganu, Sulizi Che Awang berkata pengiktirafan itu meningkatkan lagi semangatnya dan pendikir muda khususnya di Terengganu untuk terus mengangkat martabat dikir barat.
"Kami lihat semua peserta yang terdiri daripada generasi muda sangat bersemangat sepanjang mengadakan latihan untuk persembahan ini.
"Paling penting, kami berjaya buktikan bahawa dikir barat bukan hanya untuk dilagukan dalam Bahasa Melayu malah ia boleh dijadikan platform untuk mempromosikan keindahan warisan budaya Malaysia kerana semua bahasa dan lagu mana-mana negara boleh dinyanyikan," katanya.
Antara lagu yang dipersembahkan ialah Oh Carol (Inggeris), Ramadan (Arab), Kojonotsuki (Jepun), ABCDEFG dan Zara Sa Jhoom Loom Min (Hindi), Wo A Teni (Cina) dan Cha Rak Ter (Siam).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020
Ariffin (berkopiah, putih) bersama peserta pendikir muda meraikan kejayaan selepas diiktiraf 'The Largest Multilingual Dikir Barat Performance' oleh MBOR pada Himpunan Pendikir Muda 2020 di Stadium Tertutup Gong Badak, 15 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Pang Sock Tao diangkat jadi calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Mendiang Sivasutan sumber kebahagiaan keluarga
Juruterbang Pesawat Fennec (M502-6), mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, adalah sumber kebahagiaan dan simbol kejayaan keluarga pasangan bekas guru, M. Thanjappan, 61 dan isterinya, R. Paramesvary, 60.
Menurut Thanajappan, sebagai anak lelaki tunggal, mendiang tidak pernah meninggikan suara atau menolak apa sahaja permintaan keluarga.
Menurut Thanajappan, sebagai anak lelaki tunggal, mendiang tidak pernah meninggikan suara atau menolak apa sahaja permintaan keluarga.
Anak tidak putus-putus Panggil ‘’daddy’’ di pengebumian
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di Batu Caves, Selangor...
Anak kecil Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, tidak putus-putus memanggil "Daddy".
Bergenang air mata ahli keluarga dan anggota tentera yang hadir melihat raut wajah dan panggilan manja Wan Alyan Riz yang hanya berusia empat tahun.
Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di Batu Caves, Selangor...
Anak kecil Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, tidak putus-putus memanggil "Daddy".
Bergenang air mata ahli keluarga dan anggota tentera yang hadir melihat raut wajah dan panggilan manja Wan Alyan Riz yang hanya berusia empat tahun.
Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumikan
Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli 44 tahun yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada Rabu malam.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Pelajar tahfiz lemas ketika mandi sungai
Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi lemas manakala rakannya yang lain berjaya diselamatkan orang awam.
Terengganu lancar COE2023 rancakkan sektor pelancongan
Kerajaan negeri menyusun pelbagai program menarik sepanjang tahun ini untuk menggalak serta merancakkan lagi sektor pelancongan.
Terengganu adakan PRN pada Mac atau Mei
Ariffin berkata, tarikh sebenar pembubaran DUN belum diputuskan namun beberapa perbincangan sudah diadakan.
Pas Terengganu sedia jika PRN diadakan lebih awal
PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.
Bersatu dijangka bertanding di Parlimen Hulu Terengganu
Katanya, setakat ini tidak timbul masalah pembahagian kerusi di Terengganu kerana parti-parti komponen PN mempunyai kerjasama yang baik.
Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu
Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.
Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Program Candat Sotong Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.
JENDELA rancakkan industri pelancongan, kegiatan sosioekonomi di Terengganu
Pada tahun ini, sebanyak 81 menara telekomunikasi telah berjaya dinaik taraf, termasuk 26 menara di Hulu Terengganu.