awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertunjukan fesyen kerdil ubah persepsi stereotaip model

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
04/10/2015
04:32 MYT
Pertunjukan fesyen kerdil ubah persepsi stereotaip model
Kementerian Kebudayaan Perancis menganjurkan satu pertunjukan fesyen bagi golongan model yang kerdil pada malam Jumaat, sempena Minggu Fesyen Paris. - Foto:AFP
Ketinggian seseorang dikatakan antara kriteria terpenting untuk menjadi seorang model, sehingga ia menjadi satu stereotaip di mana model sering dikaitkan dengan tubuh badan tinggi dan langsing.
Namun, kerajaan Perancis berusaha menukar stereotaip itu dengan menganjurkan satu pertunjukan fesyen khas bagi golongan kerdil.
Model-model kerdil itu memperagakan pelbagai pakaian pada pertunjukan ‘Fesyen Kerdil’ yang diadakan di Paris, Jumaat malam.
Memetik beberapa laporan media antarabangsa, Kementerian Kebudayaan Perancis menganjurkan satu pertunjukan fesyen tersebut sempena Minggu Fesyen Paris meskipun ia bukan sebahagian daripada aktiviti yang disenaraikan.
PARIS
PARIS
Gambar AFP
PARIS
PARIS
Gambar AFP
Kerajaan Perancis menyokong inisiatif tersebut untuk memupuk taraf kecantikan alternatif dalam industri fesyen yang sering dikatakan hanya mendorong wanita yang tinggi dan kurus.
PARIS
PARIS
Gambar AFP
PARIS
PARIS
Gambar AFP
PARIS
PARIS
Gambar AFP
Lima belas model yang berketinggian di bawah 1.22 meter (10.16 cm) memperagakan koleksi-koleksi fesyen terkini bagi musim panas dan musim bunga, yang direka oleh beberapa pereka fesyen yang diupah khas untuk pertunjukan tersebut.
PARIS
PARIS
Gambar AFP
Pertunjukan inovatif itu dianjur oleh sebuah persatuan “Donnons-leur une chance”, yang bermaksud ‘beri mereka peluang’.
Pengasas Pertunjukan Fesyen Kerdil Negara, Myriam Chalek berkata, “Kita sering lihat pertunjukan fesyen hanya melibatkan model yang tinggi dan kurus. Saya tidak melihat diri saya dalam katogeri tersebut.
“Kerana seorang model... hanya memperagakan pakaian. Jadi, jika anda tahu cara untuk berjalan di hadapan penonton, anda adalah menjadi seorang model.”
"Saya rasa seperti kita sudah lupa makna sebenar fesyen. Ia berkaitan dengan ekspresi diri,” katanya seperti yang dipetik di bt.com.
Topic Berkaitan
#fesyen
#kerdil
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan