PUTRAJAYA: Kehadiran 'Pikachu' di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (3) di sini, menceriakan suasana sekali gus mengurangkan rasa gementar kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di pusat pemberian vaksin (PPV) itu hari ini.
Sebaik sampai di PPV tersebut, kanak-kanak riang disapa watak animasi terkenal Jepun itu, yang merupakan inisiatif Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut Mohd Ridzuan Che Lah, dengan beliau sendiri menyarung kostum 'Pikachu' itu.
"Memandangkan hari ini ramai penerima adalah daripada murid prasekolah, jadi saya buat keputusan untuk pakai kostum Pikachu ini, supaya mereka gembira dan tidak berasa takut untuk menerima suntikan.
"Alhamdulillah, kanak-kanak yang hadir tertarik dan ada yang teruja apabila melihat Pikachu di PPV ini, malah dapat ambil gambar dengan 'Pikachu' selepas menerima suntikan," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Ridzuan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata beliau akan memakai kostum 'Pikachu' itu sehingga sesi pemberian vaksin di PPV tersebut selesai hari ini.
"Memanglah panas dalam kostum ini, tetapi saya sebagai guru mahu semua menerima perlindungan daripada wabak COVID-19," katanya yang yakin pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat mencegah jangkitan di sekolah.
Tinjauan Bernama mendapati dewan SK Putrajaya Presint 11(3) yang dijadikan lokasi PPV itu, turut dihiasi dengan belon dan kon berwarna warni bagi menceriakan suasana untuk kanak-kanak menerima suntikan vaksin.
Seorang ibu, Dr Nor Azlinawani Husin, 39, yang membawa tiga anaknya Azam Al Furqan Mohd Haziman, 9, Aisya As Sofea, 8, dan Airin Ayatul Husna, 6, untuk menerima suntikan di PPV itu berasa lega kerana mereka kini mendapat perlindungan daripada COVID-19.
"Saya memang menunggu pelaksanaan PICKids ini. Ia adalah ikhtiar saya kerana kanak-kanak juga terdedah dengan jangkitan. Apabila selesai suntikan, segalanya kita serahkan kepada Allah SWT," kata doktor yang bertugas di Hospital Putrajaya itu.
Azam Al Furqan yang sememangnya ingin menerima suntikan vaksin itu kerana tidak mahu dijangkiti COVID-19 berkata: "Sakit sikit sahaja ketika disuntik, lepas itu tidak rasa apa-apa."
PICKids dilancarkan pada 3 Februari lepas dengan menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berusia lima hingga bawah 11 tahun menerima suntikan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
Kehadiran watak animasi terkenal Jepun yang menceriakan itu merupakan inisiatif Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Putrajaya Presint 11 (3). - Bernama
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selamat tinggal, Pikachu ...
Watak ikonik Pokemon kembali menemui peminat pada tahun hadapan namun tanpa kehadiran bintang terbesarnya, Pikachu yang mengucapkan selamat tinggal selepas 25 musim pengembaraan bersama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kehadiran Pikachu meriahkan pemburuan Pokemon di Taman Jaya
Kemeriahan yang dirasai bukan kerana meningkatnya kalangan yang datang beriadah, sebaliknya kerana kehadiran beberapa 'raksasa comel' yang menjadi tarikan sekumpulan 'pemburu'.