Kelab Kucing Malaysia (KKM) berharap proses kembiri (pemandulan) kucing khususnya melibatkan kucing jalanan tidak disalah anggap oleh orang ramai kerana ia untuk kebaikan haiwan berkenaan.
Presidennya, Khalid Rashid berkata pada masa ini banyak kucing jalanan dilihat terbiar tanpa penjagaan malah dibiarkan kelaparan dan ada yang mati akibat dilanggar kenderaan.
Beliau berkata proses mengembiri kucing itu juga bukannya bertujuan mengurangkan populasi haiwan berkenaan tetapi supaya ia lebih terjaga.
"Kita tahu proses ini menelan kos dan berharap orang ramai yang mengambil dan memelihara kucing jalanan ini turut sama membantu.
"Dengan populasi lebih terkawal, maka mudah bagi kita menjaga kucing. Bagaimanapun, proses dimulakan sejak lebih 10 tahun lalu ini bukannya satu kemestian bagi pemilik kucing kerana ada mahu supaya kucing spesis berharga milik mereka membiak," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri KKM di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Khalid berkata sepatutnya di setiap negeri dibuat satu taman kucing yang menempatkan doktor haiwan serta pelbagai kemudahan untuk kucing dan pemiliknya.
"Buat satu tempat seperti klinik rawatan, tempat belajar dekat situ dan buat aktiviti membabitkan kucing seperti memberi makanan kepada kucing," katanya.
Khalid berkata bagi pemilik kucing mereka perlu memberi vaksin selain rawatan fungus dan kutu kepada kucing peliharaan khususnya spesis berbulu lebat.
"Bagi KKM, mana-mana kucing yang tidak diberikan vaksin mencegah penyakit tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan di bawah anjuran badan berkenaan," katanya.
Pemilik kucing yang ditemui, Niey Rohani Hassan, 35, berkata dia amat menyokong sebarang langkah penjagaan kucing terutamanya kucing jalanan yang terbiar.
Beliau berkata kucing adalah haiwan manja dan perlu diberi penjagaan yang rapi kerana jika dibiarkan ia boleh dijangkiti pelbagai penyakit dan mungkin menjangkiti kucing lain.
"Saya sendiri mempunyai dua ekor kucing baka "Domestic Longhair" yang diberikan seorang rakan, kucing saya ini diberikan penjagaan rapi dan sihat. Apabila sudah benar-benar sihat barulah timbul idea untuk membawanya menyertai pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Proses mengembiri kucing itu juga bukannya bertujuan mengurangkan populasi haiwan berkenaan tetapi supaya ia lebih terjaga. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Firma Jepun penuhi peningkatan permintaan pembakaran jasad haiwan peliharaan
Sebuah syarikat di Jepun telah membangunkan teknologi yang mampu mengendalikan pembakaran bangkai haiwan terkecil, seperti ikan hiasan untuk menjadikan abu haiwan peliharaan itu sebagai kenang-kenanga
10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia
Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, la
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia
Anjing kesayangan Paula Rodriguez bernama Maia yang berusia enam tahun didakwa dihilangkan oleh kakitangan penerbangan semasa transit.
Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.
Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba
Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, sanggup berbelanja lebih sejak bulan lepas untuk keperluan kucing dan anjing di pusat itu susulan cuaca panas.