awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu berbangga dengan keunikan batik Malaysia - KM Sabah

Bernama
Bernama
07/11/2016
13:22 MYT
Rakyat perlu berbangga dengan keunikan batik Malaysia - KM Sabah
Pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing. - Foto Bernama
Rakyat Malaysia harus menanam perasaan bangga terhadap batik tempatan yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Kita seharusnya berbangga dengan keupayaan usahawan batik kita yang mampu menghasilkan pelbagai produk batik yang mempunyai nilai estetika, berkualiti dan praktikal.
"Oleh itu, setiap sektor perlu bekerjasama dalam memastikan industri batik terus kukuh seiring pembangunan negara dan tidak hilang ditelan zaman," katanya ketika merasmikan Festival Viva Batik anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di sini hari ini.
Bagi meningkatkan permintaan terhadap industri batik, Musa berkata pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing.
Pada majlis itu, Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Abdul Ghani Rashid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pengerusi yayasan berkenaan Nori Abdullah.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga penaung Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batik Malaysia
#Festival Viva Batik
#identiti negara
#Musa Aman
#tekstil warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan