awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu ubah rutin pemakanan secara drastik elak obesiti - Helmi

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/05/2017
04:03 MYT
Rakyat perlu ubah rutin pemakanan secara drastik elak obesiti - Helmi
Rakyat Malaysia perlu bijak menangani masalah stres selain mengubah tabiat pemakanan yang menyumbang kepada masalah kegemukan. - Gambar fail
Rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup mereka kepada rutin pemakanan yang lebih sihat berikutan statistik menunjukkan rakyat negara ini antara yang paling ramai menghidapi masalah obesiti di rantau Asia.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Helmi Yahaya berkata ini perlu bagi mengelak masalah obesiti ini dari berterusan.
"Kita perlu melakukan perubahan yang drastik dalam gaya hidup harian kita atau tidak kita akan berhadapan dengan masalah ini secara berterusan.
“Kita perlu bijak untuk menangani masalah stres, banyak lakukan gaya hidup yang lebih aktif dan kita perlu lihat perubahan pada tabiat pemakanan," katanya ketika berucap pada majlis sempena "Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia 2017" anjuran Vitagen Healthy Digestion Program dan Digestive Health Malaysia Society di sini hari ini.
Program bertujuan bagi bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memelihara sistem penghadaman yang sihat.
Selain masalah obesiti, menurut rekod Kementerian Kesihatan pada tahun 2011, kanser Kolorektrum yang berkaitan dengan usus adalah kanser kedua paling lazim dihidapi rakyat Malaysia dengan 15.7 peratus daripadanya dalam kalangan lelaki sementara 15.7 peratus dalam kalangan wanita.
Topic Berkaitan
#Asia
#Dr Helmi Yahaya
#Kementerian Kesihatan
#obesiti
#rakyat Malaysia
#vitagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan