SEMAKIN berusia seseorang, antibodi pun sudah tidak kuat. Ada sahaja rasa sakit sana sini. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi apabila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat mereka yang menghadapi masalah badan lemau dan tidak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini.
Jom cuba resipi jus kunyit perkongsian daripada Puan Ct Mazni. Moga dapat membantu mengembalikan tenaga.
Selamat pagi
Badan rasa tidak bertenaga?
Lesu, lemau?
Kerap mengantuk?
Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan asas.
Air asam kunyit ini banyak khasiat dan sangat senang untuk dibuat. Boleh minum berulang kali jika ikut pada sukatan ni.
Untuk yang mahu berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
Kos:
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)
Bahan-bahan:
1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender)
Segenggam temu kunci (ketuk)
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5liter air
1/3 sudu kecil garam
Cara- cara:
Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkn semua bahan.
Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api.
Tapis, dan simpan.
Cara minum; panaskan dan boleh diminum ketika panas.
Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu yang sedang berpantang selepas bersalin, perempuan semasa hadi atau keguguran.
Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:
✔Menghilangkan sakit-sakit badan
✔Melancarkan peredaran darah
✔Mengurangkan lemak dalam badan
✔Memberi tenaga
✔Membuang angin dalam badan
✔Melancarkan darah haid & nifas
✔Merawat masalah senggugut
✔Menghilangkan bau-bau badan
✔Memberi kecergasan tubuh
✔Melawaskan pembuangan
Artikel asal disiarkan di Keluarga.
Keluarga
Mon Sep 06 2021
Buat mereka yang menghadapi masalah badan lemau dan tidak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini. - Foto Keluarga
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Afghanistan intai pasaran Asia Barat, jadi pengeksport utama safron
Safron yang ditanam di Afghanistan telah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia dari segi rasa dan bau sejak dua dekad yang lalu.
Rasa tidak bermaya dan lemau? Amalkan minum air jamu asam kunyit ini
Buat mereka yang menghadapi masalah badan lemau dan tidak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini.
Hati-hati guna halia, lengkuas dan kunyit
Pernahkah anda mengalami momen apabila tersilap membawa pulang lengkuas walhal, ibu atau isteri meminta bantuan membeli halia? Pasti jawapannya, ya!