LIFESTYLE
Realitinya atap nipah mampu bertahan lama, jadi sumber pendapatan

Abdul Malek Puteh, 60, yang telah mengusahakan perniagaan atap nipah sejak 30 tahun lalu. - Foto Astro AWANI/HAKIM RAHMAN
Penggunaan nipah sebagai atap mungkin tidak lagi popular atau dianggap ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak.
Realitinya ia mempunyai keunikan yang tersendiri serta bernilai tinggi dan jika kaedah pemilihan daun dan cara memasangnya, atap nipah boleh bertahan sehingga 10 tahun.
Menurut Abdul Malek Puteh, 60, yang telah mengusahakan perniagaan atap nipah sejak 30 tahun lalu, permintaan terhadap atap nipah sentiasa ada walaupun ada naik dan turunnya.
"Pada tahun 2000 dahulu, harganya baru RM0.25 sen sekeping tetapi sekarang saya boleh jual pada harga RM1.00 sekeping," katanya yang ditemui di kediamannya di Kampung Kuantan, di sini.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Itam menjelaskan, walaupun perusahaannya dilakukan di kampung, namun penggunakan kaedah pemasaran atas talian bagi mewar-warkan produknya.
Sementara itu Jamalluddin Zakaria, 54, yang berkerja untuk Pak Itam memberitahu bahawa pemilihan dan cara mengikat daun nipah memainkan peranan penting dalam memastikan ia mampu bertahan lama.

Menurut Jamalluddin Zakaria, daun nipah yang sudah siap diikat perlu dijemur tujuh hari sebelum ia boleh digunakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami