awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan 15 hari tahun baru cina

Tan Su Lin
Tan Su Lin
31/01/2014
02:00 MYT
Sambutan 15 hari tahun baru cina
Sambutan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan tahun baru dalam kalendar lunar.
Ia diraikan masyarakat Tiong Hua selama 15 hari. Uniknya, setiap hari selama 15 hari itu disambut dengan penuh adat dan tradisi selebihnya memiliki makna tersendiri.
Acara terbesar malam Tahun Baru Cina ialah makan malam besar bersama keluarga yang wajib untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.
dinner
dinner
Menurut Pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo selepas makan malam mereka tidak akan tidur untuk menyambut detik pertama tahun baru cina.
"Semua ahli keluarga terutamanya anak akan berkumpul di rumah dan berbual-bual dan makan buat steamboat dan ini akan rapatkan lagi hubungan satu sama lain dalam keluarga dan maksud sebenarnya "shou shui" ialah mengharapkan lebih tuah supaya ibu bapa akan panjang umur." kata Kenny.
Hari pertama tahun baru cina merupakan masa untuk menziarahi keluarga dan saudara mara.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin akan memberi angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.
Iang pau
ang pau
Hari kedua anak perempuan yang sudah berkahwin akan melawat ibu bapa mereka.
"Kalau anak perempuan telah kahwin lawat balik rumah sendiri pada hari pertama ini akan mengambil tuah daripada ibu bapa, abang dan adik mereka. Biasanya kaum cina tidak suka anak perempuan yang sudah berkahwin datang melawat pada hari pertama. Hari kedua anak perempuan balik ke rumah ibu bapa mereka." tambah Kenny.
Bagaimanapun masyarakat cina percaya hari ketiga tidak sesuai menziarahi saudara mara kerana dipercayai boleh mengundang pertengkaran.
Kenny berkata selalunya masyarakat Tiong Hua hanya akan berehat di rumah pada raya ketiga.
"Ada orang percayai hari ketiga dalam tahun baru cina ini dipanggil hari mudah bercanggah atau bertengkar dengan orang lain ini mungkin disebabkan bila masuk new year eve, hari kedua sudah sangat sibuk dan terlalu penat dan ini boleh menyebabkan mereka mudah naik angin." kata Kenny.
"Hari pertama dan kedua selalunya kaum cina tidak akan tidur sangat lewat akan bangun awal sebab kalau tidur lewat badan tidak sihat sepanjang tahun tak dapat kerja sebab tidur sahaja. Tetapi pada hari ketiga boleh tidur lewat. Lebih lewat, lebih baik." tambahnya lagi.
Hari keempat lima dan enam masyarakat cina akan menziarahi rakan dan sahabat handai.
toss
toss
Hari ketujuh dikenali sebagai "hari jadi manusia" yang disambut dengan hidangan yee sang.
Bahan-bahan yee sang dilambung sambil menyampaikan hajat mereka untuk menambah kekayaan dan kemakmuran.
Hari terakhir tahun baru cina atau "chap goh mei" disambut pada hari kelima belas yang juga merupakan hari kekasih versi cina.
limau
limau
Amalan paling popular Chap Goh Mei adalah upacara sembahyang dan melontar buah limau ke dalam sungai atau laut dengan harapan untuk mencari pasangan hidup.
Topic Berkaitan
#Good Feng Shui
#kalendar lunar
#Kenny Hoo
#Tahun Baru Cina
#Tiong Hua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan