GAYA HIDUP

Sebulan lagi sebelum tutup tirai 2020, ini berita tumpuan sepanjang November

Asyraf Roslan 29/11/2020 | 23:59 MYT
#Belanjawan2021 diluluskan, Alif Satar positif COVID-19, Joe Biden dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu antara tumpuan berita sepanjang bulan November.
NAMPAKNYA berbaki hanya sebulan lagi diari 2020 sebelum kita melangkah ke tahun baharu.
Tahun 2020 dilihat sebagai sangat mencabar untuk semua rakyat dunia termasuk Malaysia.
Sebelum kita move on, apa kata kita lihat dahulu apa yang menarik sepanjang bulan November yang menjadi tumpuan umum.
BELANJAWAN 2021 LULUS PADA PERINGKAT DASAR
SAH! Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dalam sidang Dewan rakyat pada 26 November lalu.
Biarpun diluluskan, ada segelintir pemimpin yang masih mempersoalkan keputusan itu.
Antaranya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, tindakan majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul undi belah bahagi peringkat dasar Belanjawan 2021 seperti mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN), serta menyifatkan tindakan itu sebagai aneh.
BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
HELIKOPTER TERHEMPAS
Awal bulan ini, kita digemparkan dengan satu insiden iaitu nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang.
Difahamkan, insiden itu berlaku akibat pelanggaran di antara dua helikopter di ruang udara yang menyebabkan ia hilang kawalan sekali gus terhempas.
Insiden tersebut juga tular di media sosial apabila penduduk sekitar sempat merakamkan visual helikopter itu terhempas menggunakan telefon bimbit mereka.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
BACA: Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati
BACA: Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
ANGGOTA PGA DITEMBAK
Negara dikejutkan dengan berita seorang Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, terbunuh akibat ditembak semasa melakukan kerja-kerja risikan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.10 minit pagi dan mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, yang mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, kedua-dua anggota ini terserempak dengan kumpulan penyeludup ketum dan seterusnya berlaku kejadian tembak-menembak.
Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.
BACA : Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA : PM ucap takziah kepada keluarga Koperal Baharuddin
AS MEMILIH : SELAMAT TINGGAL TRUMP, UCAPKAN HELO KEPADA BIDEN
Selepas sekian lama menunggu, akhirnya rakyat Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk memilih calon demokrat, Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Biden berjaya mengalahkan Presiden Donald Trump dengan 284 undi elektoral berbanding 214 undi yang diperoleh Trump.
BACA: AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
BACA: Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
BACA: Biden ikrar satukan semula rakyat Amerika dalam ucapan sulungnya
BACA: AS Memilih: Trump kekal 'tenang' bermain golf di sebalik kekalahan
ALIF SATAR DIJANGKITI COVID-19
Pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal Alif Satar memaklumkan bahawa beliau disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, beberapa rakan artis yang dipercayai kontak rapat kepada Alif turut mengambil langkah keselamatan dengan melakukan ujian saringan COVID-19.
BACA: Penyanyi Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan
BACA: Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
BACA: 'Allah SWT makbulkan doa kalian semua' - Alif Satar umum isteri, anak negatif COVID-19
BACA: Datuk kepada Alif Satar berusia 91 tahun sembuh dari COVID-19
BACA: Rakan artis jalani ujian saringan COVID-19 selepas Alif Satar sah dijangkiti
Dapatkan juga berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah :
BACA: Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu
BACA: Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
BACA: Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia
BACA: Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei
BACA: Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei
BACA: Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020
BACA: Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
BACA: Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Ogos 2020
BACA: Mira Filzah 'off market', 'Sindrom September' Anwar Ibrahim antara berita tumpuan sepanjang bulan ini
BACA: Imbasan berita tumpuan dan insiden tular sepanjang Oktober 2020
#Belanjawan 2021 #Dewan Rakyat #COVID-19 #Mahathir Mohamad #Donald Trump #Joe Biden #Amerika Syarikat #Perdana Menteri #Parlimen