TINGGAL beberapa bulan sahaja lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020.

Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk melangkah masuk ke tahun baharu?

Sebelum kita melangkah masuk ke bulan seterusnya, ini antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan September.


ANWAR DAKWA ADA MAJORITI, BOLEH BENTUK KERAJAAN

Bukan sahaja netizen, ahli politik pun terkejut.

Mana tidaknya, isu ini menjadi perbualan ramai apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa miliki majoriti untuk bentuk Kerajaan Baharu.

Biarpun tiada butiran terperinci yang beliau kongsikan, kenyataan itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan.

Ini antara kata-kata ahli politik yang sempat kami kumpulkan.

BACA : Anwar dakwa ada majoriti kukuh

BACA : 'Saya persilakan dia untuk bekerjasama' - Anwar pelawa Muhyiddin sertai gabungan

BACA :  Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pas sokong Anwar - Tuan Ibrahim

BACA : 'Please grow up!' - Nasihat Alexander Nanta Linggi pada Anwar

BACA : Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah

BACA : Dakwaan Anwar hanya 'Sindrom September' - Takiyuddin


BACA : Kenyataan Anwar mungkin beri impak di kerusi PKR - Foong Hin







Terus ke laman web kami untuk dapatkan lebih berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.


LEPAS AIR, AIR LAGI LEPAS TU AIR LAGI MASALAHNYA

Isu gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor bukan sesuatu perkara yang baharu.

Mana tidaknya awal bulan ini, masyarakat masih dibelenggu masalah sama gara-gara berlaku pencemaran di Sungai Gong, Rawang sehingga mengakibatkan ramai yang tidak berpuas hati.

Bukan sahaja netizen malah Yang Di-Pertuan Agong turut bertitah mahu isu ini diselesaikan dengan segera.

Tidak berhenti di situ, Malaysia dikejutkan pula dengan kejadian banjir kilat di Ibu kota.

Siap boleh tengok "Kelisa" berenang di bandar raya Kuala Lumpur. 

BACA : Gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,292 kawasan termasuk KL, Petaling dan Shah Alam

BACA : Gangguan air: 1,253 kawasan pulih sepenuhnya, 39 lagi kawasan dalam proses pemulihan



BACA : Pencemaran Sungai Gong: 3 laporan polis diterima, 4 pemilik premis ditahan








HAWAR BERDARAH RAGUT 35 EKOR KERBAU PELIHARAAN, 'MOWGLI MALAYSIA'

Penyakit hawar berdarah mungkin jarang didengar di negara ini.

Namun, ia mencuri tumpuan selepas lebih 50 ekor kerbau di terengganu dilaporkan mati secara tiba-tiba akibat penyakit itu!

Lebih menyedihkan, berita kematian haiwan itu turut melibatkan kerbau ternakan bapa 'Mowgli Malaysia', yang pernah tular sebelum ini.

Stay strong, Shukri!

BACA : Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka

BACA : Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?

BACA : Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu




BIG STAGE 2020: #SANDRADALAMKENANGAN

Peminat program realiti hiburan, Big Stage dikejutkan dengan pemergian salah seorang bintangnya iaitu Sandra Dianne.

Sandra, 26, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan tidak sedarkan diri selama lima hari.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sabah.

BACA : Peserta Big Stage, Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan

BACA: Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini






MIRA FILZAH 'OFF MARKET'

Berita ini buat ramai jejaka yang patah hati!

Mana tidaknya dengan sekali lafaz  pelakon dan pengacara Mira Filzah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga anak kepada anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sekali lagi tahniah daripada keluarga Astro AWANI.

BACA : Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini

BACA : Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar

BACA : 'Relationship goal' Mira Filzah dan Wan Emir, netizen minta peminat bertenang



Dapatkan juga berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah : 

BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu

BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku

BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia

BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei

BACA : Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei

BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020

BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020

BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Ogos 2020