awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin menjadi pilihan pelancong... Apa itu 'dark tourism'?

Gempak
Gempak
18/08/2019
01:00 MYT
Semakin menjadi pilihan pelancong... Apa itu 'dark tourism'?
'Dark tourism' kini semakin menjadi pilihan pelancong, terutamanya kepada mereka yang mahu menyingkap sejarah dan gemarkan perkara yang berkaitan sejarah.
ISTILAH 'dark tourism' telah dicetuskan oleh dua profesor dari Glasgow Caledonian University, Malcolm Foley dan John Lennon pada tahun 1996.
Secara ringkas, 'dark tourism' membawa maksud pelancongan yang berteraskan kegelapan.
Destinasi yang dikunjungi pasti pernah mencatat sejarah tersendiri, sama ada pernah mengorbankan banyak nyawa kerana sesuatu tragedi atau tempat itu mempunyai banyak kisah sedih yang terjadi satu masa dahulu.
'Dark tourism' kini semakin menjadi pilihan pelancong, terutamanya kepada mereka yang mahu menyingkap sejarah dan gemarkan perkara yang berkaitan sejarah.
Jika anda sudah bosan mengembara ke tempat rekreasi, pantai dan pulau, bandar, pergunungan, anda harus mencuba pengalaman baru menerusi 'dark tourism' kerana ia memberikan pelancong lebih banyak informasi!
Sebagai contoh, anda boleh melawat Catacombs yang tertelak di Paris, Perancis. Destinasi ini menyimpan enam juta rangka manusia dalam terowong kecil dan ia dibina untuk menyambungkan lombong permata purba di Paris.
Selain itu, Taman Memorial Keamanan Hiroshima yang terletak di Nagasaki, Jepun juga menjadi pilihan mereka yang gemarkan 'dark tourism'. Pastinya memori berkenaan dengan pengeboman bandar itu yang berlaku pada tahun 1945 itu akan melekat di hati pelancong.
Teringin untuk melawat bandar hantu yang tidak berpenghuni? Rancang percutian ke Pripyat yang terletak di negara Ukrain. Saksikan dengan mata kepada anda sendiri bagaimanakah kebakaran rektor nuklear Chernobyl pada tahun 1986 memberi kesan kepada Pripyat.
Pastinya mereka yang gemarkan sejarah teruja untuk mengetahui dan melawat tempat-tempat sebegini untuk mengetahui sendiri apa yang sebenarnya terjadi di sebalik tragedi yang berlaku.
Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda berminat untuk mencuba 'dark tourism', rancang perjalanan dan percutian anda!
Impian anda untuk melancong dengan pakej yang murah dan berpatutan, kini termakbul!
Dengan pelancaran platform E-travelfair pada 2 September ini akan menawarkan pelbagai pakej-pakej pelancongan khas untuk anda!
Sumber: Berita Harian, TribunJogja, JournalSociolla Kredit foto: Nippon, HolidayMe, Klook
Topic Berkaitan
#dark tourism
#kembara
#pelancong
#pelancongan
#Pembunuhan
#sejarah negara
#tarikan destinasi
#tempat sejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan