KOLEKSI foto persandingan pasangan pengantin yang memakai busana bertemakan 'back to school' menarik perhatian netizen.

Foto-foto kiriman Suhada Rahman itu dikongsi di laman Facebook Saja Share dan menjadi viral di laman sosial.

Menariknya, bukan sahaja pasangan pengantin yang menyarungkan baju sekolah, keluarga juga turut sama-sama 'sporting' memakai pakaian sekolah.

Ramai netizen memuji pasangan mempelai dan menyifatkan idea mereka sebagai kreatif.

Sarip Derr: Bagi aku, ini adalah 'wedding of the year'. Lain dari orang lain. Sempoi sporting habeh semua. Save bajet.

Nur Hanysha Hassan: Comelnya pengantin. Tahniah ye. Famili pun sporting habis.

Hamid Hasan: Comel sangat! Tahniah kepada pengantin.

Rindiani Irfan: Dah tak nampak kenduri kahwin. Macam reunion sekolah dah. Masa ni, mak budak nampak macam zaman anak dara nak ambil SPM.

Nur Aisyah Man: Fuh comelnya. Macam ni jimat baju. Tak payah susah nak cari. Macam ni pun okay. Tutup aurat lagi. Bersih, semua macam budak-budak sekolah. Geng kahwin budak sekolah.

Entri laman Facebook Saja Share berkenaan dengan pasangan mempelai itu mendapat lebih 4000 perkongsian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Saja Share