Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016 menganggarkan bahawa risiko seumur hidup penyakit kanser yang dihadapi golongan lelaki dan wanita di Malaysia ialah masing-masing satu dalam 10 orang (1/10) dan satu dalam sembilan orang (1/9).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sejak sedekad yang lalu, kanser adalah antara lima sebab kematian utama di Malaysia.
Berdasarkan Fakta-Fakta Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) 2019, beliau berkata kanser menyumbang kepada 11.82 peratus kematian di semua hospital kerajaan berbanding 9.08 peratus pada 1999.
Oleh itu, katanya, pengesanan awal dan rawatan segera boleh meningkatkan peluang untuk pulih tetapi malangnya, pengesanan lewat adalah biasa dalam kalangan pesakit kanser di negara ini.
"Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016 mendedahkan bahawa 60 peratus kanser di Malaysia dikesan pada peringkat terlalu lewat (tahap 3 dan 4).
"Mengesan kanser di tahap yang sudah lewat membawa kepada kos rawatan lebih tinggi dan mengurangkan peluang untuk pulih," katanya ketika merasmikan Hari Kanser Sedunia 2020 di KL Sentral, di sini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Dzulkefly mendedahkan bahawa segelintir rakyat Malaysia lebih menaruh kepercayaan terhadap rawatan alternatif (tradisional) bagi kanser.
"Dalam banyak contoh, kesemua pesakit ini telah mendapatkan rawatan pemulihan tradisional termasuk bomoh sebagai pilihan pertama rawatan selepas didiagnosis oleh doktor. Hanya selepas pendekatan alternatif itu gagal, barulah mereka mendapatkan rawatan perubatan," katanya.
Dr Dzulkefly juga berkata 30 hingga 50 peratus penyakit kanser boleh dicegah menerusi gaya hidup sihat.
Sementara itu, dalam sidang media beliau berkata kepercayaan terhadap perubatan alternatif menjadi antara kekangan dalam rawatan kanser.
Beliau berkata pembabitan semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan dan pihak swasta, adalah perlu bagi mempertingkat aspek pendidikan perubatan kepada masyarakat.
"Ia tidak hanya bergantung kepada Kementerian Kesihatan sahaja tetapi semua pihak mesti menggembleng tenaga untuk memberi penerangan sebenar berkaitan kanser yang boleh dicegah dan dirawat selain aspek gaya hidup sihat," katanya.
Sementara itu, mengulas usaha kerajaan untuk menambah bilangan pakar onkologi dalam negara yang berjumlah 114 orang ketika ini, Dr Dzulkefly berkata 52 pakar dalam bidang tersebut dilahirkan setiap tahun melalui program latihan dan pengajian.
Beliau berkata kerajaan turut meletakkan sasaran agar jumlah pakar onkologi dapat ditambah kepada seorang pakar bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia dalam usaha meningkatkan khidmat rawatan kanser.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sejak sedekad yang lalu, kanser adalah antara lima sebab kematian utama di Malaysia. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta - Dr Dzul
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta dan dikekalkan pada kadar RM80 sejam.
Cadangan wujud kawasan khas merokok belum dimuktamad - Dr Dzulkefly
Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
KKM masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini
Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
PRU15: Izinkan Perdana Menteri selesaikan tugas untuk rakyat dahulu - Dr Dzul
PM tidak sewajarnya ditekan oleh pimpinan UMNO untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, kata Dr Dzulkefly.