Minggu ini, skype telah menawarkan fungsi rakaman pesanan video pada aplikasinya untuk Mac, iPhone dan Android.

Fungsi baru ini membolehkan pengguna menghantar rakaman pesanan video sepertimana perkhidmatan mel video sebelum ini.

Para pengguna boleh menghantar rakaman pesanan video dengan durasi tidak melebihi 3 minit.

Buat masa ini, anda boleh menghantar sehingga 20 pesanan video sebelum dikenakan caj perkhidmatan oleh Skype.

Para pengguna windows masih belum dapat menggunakan fungsi baru ini, namun demikian, mereka boleh menerima dan membuka pesanan video yang dihantar.

Menurut kenyataan rasmi oleh Microsoft, perkhidmatan rakaman pesanan video masih lagi dalam fasa ujian.

Kesemua pengguna merentasi pelbagai platform akan dapat menggunakan perkhidmatan terbaru ini apabila ia dilancarkan secara rasmi pada penghujung April.