awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMK Convent Bukit Nanas anjur 'Program Colour Run 2017'

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2017
02:01 MYT
SMK Convent Bukit Nanas anjur 'Program Colour Run 2017'
Dana yang dikutip akan disalurkan untuk pembangunan fizikal dan kesejahteraan sekolah SMK Convent Bukit Nanas. -Gambar: Google Maps
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini bakal menganjurkan ‘Program Colour Run 2017’ yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kecergasan jasmani dan mengutip dana.
Acara yang dibuka untuk orang ramai itu akan berlangsung pada 23 Julai (Ahad ini) di Taman Botani, Kuala Lumpur dan akan bermula pada jam 7.30 pagi.
Ia diadakan untuk menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Ia juga bertujuan untuk membiayai pembangunan kokurikulum, kurikulum dan fizikal sekolah SMK Convent Bukit Nanas.
Dana yang dikutip diharap akan dapat disalurkan untuk pembangunan fizikal dan kesejahteraan sekolah.
Pada masa yang sama, ia untuk membentuk suasana pemuafakatan dan perkongsian bestari antara pihak sekolah dengan ibu-bapa, dan komuniti setempat.
Topic Berkaitan
#Program Colour Run 2017
#SMK Convent Bukit Nanas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan