awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor dihadiahkan replika kayu 500kg motosikal Harley-Davidson

Wafa Aula
Wafa Aula
09/02/2018
02:37 MYT
Sultan Johor dihadiahkan replika kayu 500kg motosikal Harley-Davidson
Replika itu dipersembahkan kepada baginda oleh ketua masyarakat India Johor Bahru, S.Seva bagi menghargai bakti dan sumbangan baginda kepada masyarakat di negeri itu. - Foto facebook.com/officialsultanibrahim.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima sebuah hadiah berupa replika motosikal Harley-Davidson berukiran kayu seberat 500 kilogram di Istana Pasir Pelangi, Johor, baru-baru ini.
Replika itu dipersembahkan kepada baginda oleh ketua masyarakat India Johor Bahru, S.Seva bagi menghargai bakti dan sumbangan baginda kepada masyarakat di negeri itu pada Rabu lalu.
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Replika itu dipersembahkan kepada baginda oleh ketua masyarakat India Johor Bahru, S.Seva bagi menghargai bakti dan sumbangan baginda kepada masyarakat di negeri itu. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Replika yang diukir sepenuhnya menggunakan kayu yang diimport dari Indonesia itu mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.
Ukiran itu dihasilkan oleh pemilik syarikat Bergamo iaitu Deva dan Vijay yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan.
Berita gembira itu turut dikongsikan Baginda di laman Facebook.
Baginda sebelum ini mengendalikan program Kembara Sultan Johor yang membuktikan minatnya dengan motosikal berkuasa tinggi.
Baginda sebelum ini mengendalikan program Kembara Sultan Johor yang membuktikan minatnya dengan motorsikal berkuasa tinggi
Baginda sebelum ini mengendalikan program Kembara Sultan Johor yang membuktikan minatnya dengan motorsikal berkuasa tinggi
Kembara Sultan Johor adalah program tahunan baginda merentasi 10 daerah negeri Johor menggunakan motorsikal berkuasa tinggi sejak lima tahun yang lalu.
Topic Berkaitan
#Bangsa Johor
#Istana Pasir Pelangi
#Kembara Sultan Johor
#Replika Harley-Davidson
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan