awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor guna trak jenis Mack pada Kembara Mahkota Johor

Bernama
Bernama
10/01/2016
12:53 MYT
Sultan Johor guna trak jenis Mack pada Kembara Mahkota Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bergambar bersama rakyat jelata di hadapan trak jenis Mack milik baginda dekat sebuah restoran di Danga Bay hari ini. - Foto Bernama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan trak jenis Mack milik baginda pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan datang.
Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah merancang untuk menjayakan KMJ menggunakan trak tersebut dengan disertai Kelab Trak Johor.
"Trak ini akan bersama Kembara Mahkota Johor akan datang, dengan Kelab Trak Johor sekali," titah baginda kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim memandu sendiri trak itu yang baru tiba dari Australia beberapa hari lepas, dari Istana Pasir Pelangi ke sebuah restoran di Danga Bay, di sini.
Ketika ditanya mengenai reka bentuk trak itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda berpuas hati dengan reka bentuk dan sistem pemanduannya memandangkan ia mengikut cita rasa serta keinginan baginda.
"Saya puas hati pasal saya reka semuanya. Macam bawa (pandu) kereta cuma ia besar sahaja," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah baginda akan meletakkan trak tersebut di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene di sini malam ini bagi membolehkan rakyat melihat dengan lebih dekat atau bergambar dengan kenderaan terbabit.
Topic Berkaitan
#Kembara Mahkota Johor
#Mack
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan