awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susu ibu turunkan kemungkinan kadar obesiti kanak-kanak

Agensi
Agensi
21/03/2018
22:09 MYT
Susu ibu turunkan kemungkinan kadar obesiti kanak-kanak
Obesiti dapat dihindari dari awal terutamanya bagi bayi yang dilahirkan pada kadar berat tinggi dengan penyusuan susu ibu untuk enam bulan pertama dalam kehidupan bayi tersebut. - Gambar hiasan
TAHUKAH anda, penyusuan susu ibu dapat mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya bayi yang dilahirkan pada kadar berat yang tinggi.
Kajian oleh Ewha Womans University College of Medicine di Seoul, Korea Selatan, menunjukkan lebih 25 peratus bayi yang dilahirkan pada kadar berat yang tinggi mengalami obesiti pada usia kanak-kanak.
Para pengkaji dilaporkan mengikuti rapat perkembangan 38,039 bayi sejak lahir sehingga usia mereka mencecah enam tahun.
Kanak-kanak tersebut dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan berat badan mereka.
Kumpulan bayi pada kadar berat yang rendah adalah yang lahir dengan berat kurang dari 2.5kg, bayi pada kadar berat normal adalah antara 2.5kg dan 4kg dan bayi pada kadar berat tinggi adalah lebih 4kg.
Selepas enam tahun kajian dijalankan, pengkaji mendapati 10 peratus bayi dalam kumpulan kadar berat rendah dan 15 peratus bayi dalam kumpulan kadar berat normal turut mengalami obesiti.
Bagaimanapun, obesiti dapat dihindari dari awal terutamanya bagi bayi yang dilahirkan pada kadar berat tinggi, dengan penyusuan susu ibu untuk enam bulan pertama dalam kehidupannya.
Dapatan kajian turut menyatakan, penyusuan susu ibu dapat memberikan pelbagai manfaat kepada bayi.
Antaranya, mengurangkan risiko penyakit radang pada kulit atau ekzema, pertumbuhan otak bayi yang lebih baik, tingkah laku anak yang lebih berdisplin dan kurang risiko kanak-kanak menghidap penyakit leukemia.
Kajian tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Tahunan Endocrine Society Kali ke-100 di Chicago, AS baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#berat normal
#berat rendah
#berat tinggi
#Ewha Womans University College of Medicine
#Korea Selatan
#obesiti
#Seoul
#susu ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan