Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman digelar 'rock star' oleh salah seorang panelis di Forum Terbuka berjudul 'Asean 4.0 For All' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.
Syed Saddiq hanya ketawa apabila ahli panel, Profesor Annie Koh, Timbalan Presiden Universiti Pentadbiran dan Pembangunan Perniagaan, Singapura sambil berseloroh memanggil Menteri Kabinet Malaysia termuda yang berusia 25 tahun itu dengan panggilan 'rock star'.
Sesi 90-minit itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood, eksekutif Google, usahawan teknologi dan pakar teknologi maklumat.
Topik yang dibincangkan adalah bagaimana ASEAN mampu bersifat inklusif dalam menyahut cabaran dalam masa depan digital.
Orang muda, menurut Syed Saddiq, sedang merubah dunia dan mereka perlu mendapat pengiktirafan dari Kerajaan untuk memperkasa era digital.
Perubahan drastik telah menolak kekangan usia dalam masyarakat kebanyakan syarikat pemula di Malaysia kebanyakannya diasaskan oleh golongan muda.
"Sudah tiba masanya, kerajaan memberi pengiktirafan dengan bantuan sektor swasta untuk memastikan kita mampu bergerak ke hadapan dalam memastikan mereka bukan sahaja menjadi pemimpin hari esok, namun untuk membentuk masa depan, dari saat ini," kata Syed Saddiq.
"Remaja di ASEAN perlu berfikit di luar kotak ... cari impian di dalam diri anda, cuba sedaya-upaya dan gunakan cara yang paling tidak konvensional.
Pengasas VNG Corporation dari Vietnam, Le Hong Minh turut berseloroh apabila beliau bertanya kepada audiens, siapa yang mahu mnejadi Syed Saddiq pada usia 25 tahun?
Ramai yang bersetuju dengan mengangkat tangan di Dewan Plenary, di sini hari ini.
Syed Saddiq adalah salah seorang Menteri Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak pernah lekang lencana nama beliau di mana-mana sahaja.
Apatah lagi, apabila beliau berada di luar negara menjalankan tugas Menteri mewakili Kerajaan.
Tertera nama beliau 'Syed Saddiq' di bahagian kiri kocek atas jaket biru yang dipakainya, sebelum beliau meninggalkan Pusat Konvensyen di Hanoi untuk pulang ke Malaysia awal petang tadi.
You go, rock star!
Hafidah Samat
Tue Sep 11 2018
Syed Saddiq digelar 'rock star' dan menjadi 'favourite' dalam kalangan audiens di Forum Terbuka di Hanoi, Vietnam hari ini. - Foto WEF ASEAN
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Syed Saddiq digelar 'rock star', pakai 'name tag' di Hanoi
Segak memakai sut biru Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menjadi tarikan di Forum Terbuka berjudul, ASEAN 4.0 For All' yang berlangsung selama 90 minit di Pusat Konvensyen Nasional.
Astro bawa Baby Shark Doo Doo ke Malaysia
Astro kini membawakan persembahan muzikal Pinkfong Baby yang berlangsung dari 8 hingga 16 Sept di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Konsert John Legend di KL 23 September ini
Penyanyi R&B/Soul bertaraf antarabangsa, John Legend akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 23 September ini.