awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman tema air Angry Birds Splash Water World dibuka hari ini

Bernama
Bernama
21/11/2019
21:12 MYT
Taman tema air Angry Birds Splash Water World dibuka hari ini
Sebuah taman tema yang dilengkapi dengan patung angry birds dipamerkan pada Perasmian Taman Tema Inflasi Mudah Alih Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia di Setia EcoHill, 21 Nov, 2019. --fotoBERNAMA .
Sempena musim cuti sekolah orang ramai berpeluang mengalami pengalaman percutian yang menyeronokkan bersama keluarga dengan berkunjung ke Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill, di sini.
Angry Birds yang bermula dengan permainan video yang dibangunkan oleh Rovio Entertainment Corp dan kemudiannya berkembang ke pelbagai skop hiburan dan barangan pengguna.
Taman tema air seluas satu hektar itu akan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula hari ini selama dua bulan dan juga tarikh tertentu seperti hujung minggu dan cuti umum.
Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd yang juga penganjur, Alvin Lee berkata hanya 2,000 tiket sahaja yang diperuntukkan kepada orang ramai setiap hari bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pengalaman yang berkualiti kepada pengunjung.
Taman air inflasi mudah alih terbesar ini akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai esok (22 November 2019) selama dua bulan sebelum meneruskan aktiviti penjelajahannya di seluruh pelusuk asia.
-- fotoBERNAMA
Taman air inflasi mudah alih terbesar ini akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai esok (22 November 2019) selama dua bulan sebelum meneruskan aktiviti penjelajahannya di seluruh pelusuk asia.
-- fotoBERNAMA
Beliau berkata karakter yang digemari ramai di dalam francais permainan Angry Birds seperti Red, Chuck, Bomb, Terrence, dan Mighty Eagle akan berada di taman tema itu.
Antara tarikan utama di taman tema air itu adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence dan antara gelongsor tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12 meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, butiran tiket dan pembelian, sila lawati laman web Ticket2U (ticket2u.com.my).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alvin Lee
#Angry Birds
#jelajah
#One Universal Production
#permainan video
#Rovio Entertainment
#Setia Ecohill
#Taman Tema Air
#Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan