awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tasnim anak abah sayang' - Juruteknik titip doa buat anak autisme dalam lagu

Nazim Chee
Nazim Chee
30/01/2018
02:38 MYT
'Tasnim anak abah sayang' - Juruteknik titip doa buat anak autisme dalam lagu
Tasnim masih belum mampu memanggil ibu dan ayahnya meskipun usianya kini mencecah 5 tahun. - Facebook Jamarultech Ibrahim
Jamarulnizam Ibrahim bukannya seorang penyanyi, jauh sekali penggubah lagu profesional.
Dia juruteknik di sebuah sekolah rendah di Teluk Intan, Perak dan ayah kepada seorang penghidap masalah spektrum autistik atau lebih dikenali sebagai autisme.
Jamarulnizam yang senang disapa sebagai Cikman merasakan ada yang tidak kena dengan Adriana Tasnim, 5, apabila dia tidak memberi reaksi ketika kakinya luka berdarah. Ketika itu Tasnim berusia 2 tahun.
Selepas beberapa minggu Cikman dan isterinya Azlina Umor memantau perkembangan Tasnim mereka memutuskan untuk merujuk kepada pakar perubatan di Hospital Teluk Intan. Khabar yang didengar amat mengejutkan, Tasnim menghidap autisme.
Luluh hati mendengar tutur bicara doktor, mereka nekad mencari penawar untuk sekurang kurangnya mendengar ungkapan abah atau ibu dari mulut anak sulung daripada dua beradik ini.
Sejak itu usaha dan doa tidak pernah putus.Tasnim dihantar ke sekolah khas bagi anak-anak autisme. Ada perkembangan positif namun Cikman berharap mampu dapatkan rawatan lebih baik buat anaknya.
Dengan kebolehan bermain gitar Cikman yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kakinya cedera dalam kemalangan motosikal 10 tahun lalu mencipta lagu khusus untuk Tasnim.
Lagu yang menggambarkan isi hati dan perasaannya. Lagu yang menitipkan doa dalam liriknya agar ada penawar buat Tasnim untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Harapan Cikman lagu ini mampu membuka peluang baginya mencari wang tambahan bagi membiayai rawatan terbaik buat Tasnim.
Insya Allah ada penawarnya.
Topic Berkaitan
#Autisme
#Jamarulnizam
#Lagu
#OKU
#Tasnim
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan