awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tip mudah biak kesum dalam balang... memang menjadi!

Impiana
Impiana
23/01/2021
09:54 MYT
Tip mudah biak kesum dalam balang... memang menjadi!
Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air. - Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
KESUM antara tanaman herba yang banyak digunakan dalam masakan Melayu seperti asam pedas, laksa, asam rebus dan sebagainya.
Tanpa kehadiran daun kesum, macam kurang enak dan aroma masakan kita itu nanti. Walaupun mudah untuk dibiakkan sendiri, ramai yang menuju jalan buntu apabila kesum yang disemai mula kekuningan dan mati walaupun tekniknya betul. Ia berpunca dari kurangnya pencahayaan.
Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air. Teknik semaian dalam air ini paling mudah dan cepat.
Nak tahu caranya, boleh ikut cara Nur Izzah Muhmud (yang dikongsikannya menerusi Facebook):
CARA BIAK KESUM DALAM BALANG
1) Pilih keratan yang matang, sihat dan segar dari pokok induk
2) Buang daun di bahagian bawah.
3) Sediakan botol lutsinar. Gunakan balang lutsinar untuk mudah pantau kehadiran jentik-jentik. Kalau berlumut atau ada jentik-jentik, cuci sahaja balang dan bahagian akar ebrsih-bersih. Boleh guna balang kaca atau plastik
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
4) Rendam keratan batang tadi dalam balang
5) Letakkan balang di kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari tapi bukan secara terus dan panas. Macam saya, kawasan tanamn kesum menerima pengamatan cahaya matahari sehingga jam 3 petang sahaja.
6) Tambah air jika kandungannya berkurangan
7) Pembajaan boleh dilakukan selepas sebulan mengunakan campuran AB ata NPK 15
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
TIP POKOK KESUM TUMBUH SEGAR DAN MERIMBUN
Selalu pangkas pokok kesum lebih-lebih lagi jika sudah mengeluarkan bunga. Itu tanda tanaman sudah tua.
Cantas dan tinggalkan hanya sejengkal sahaja batang kesum dari pangkal. Jika dibiarkan, pokok akan mengering dan mati. Selepas cantas, boleh lakukan pembajaan.
Boleh guna air basuhan beras, ikan dan sekali-sekala tanamkan perut ikan pada pangkal pokok.
Bila akar dah terlalu sarat, boleh pindah dalam pasu. Gunakan medium hampas sawit dan cocopeat.
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud
Foto: Facebook Nur Izzah Mahmud

* Artikel ini disiarkan di platform Impiana.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#tip tanaman
#kebun rumah
#kesum
#pokok kesum
#semaian dalam air
#Herba
#masakan melayu
#shm
#weekender
#majalah Impiana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan