SEBELUM memulakan aktiviti larian perkara paling penting untuk anda lakukan ialah memilih kasut yang sesuai.
Tak dapat dinafikan memilih kasut larian yang sesuai dengan anda boleh jadi mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis kasut sukan dan larian ditawarkan di pasaran.
Kalau masuk ke kedai sukan pasti anda pun akan jadi kelabu mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Untuk pengetahuan anda kasut sukan larian bukan hanya ada satu jenis sahaja.
Malah setiap kasut dilengkapi dengan teknologi penyerapan tekanan, tapak dan bahan asas kasut berbeza-beza.
Bagaimanakah memilih kasut larian yang paling sesuai?
Bagi MASKULIN ia cukup mudah. Kasut larian yang paling sesuai ialah kasut yang paling selesa dan memiliki kadar muat yang sempurna dengan kaki.
Berikut MASKULIN kongsikan 6 tip bagaimana untuk memilihnya:
FAHAMI TAPAK KAKI
Terlebih dahulu anda kena faham dengan kondisi tapak kaki anda dengan corak anda berlari. Pronation ialah kondisi di mana kaki anda berlari dari tumit ke hujung kaki.
Overpronation pula berlaku bila anda lakukan terlalu banyak ‘roll’ pada bahagian dalam kai semasa berlari.
Underpronation pula keadaan bila anda berlari lebih banyak guna bahagian luar tapak kaki.
BENTUK TAPAK KAKI
Antara cara mudah untuk tentukan bentuk kaki anda ialah dengan melakukan ‘wet test’. Basahkan kedua-dua belah kaki dan berdiri di atas beg kertas selama 10 saat.
Kemudian alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut.
CORAK ANDA BERJALAN
Selepas mengetahui bentuk tapak kak anda boleh gunakan maklumat itu untuk menentukan corak anda berjalan.
Menentukan corak anda berjalan atau melangkah adalah sangat penting untuk memilih kasut larian anda.
Terdapat empat jenis corak berjalan atau ‘gait’yang perlu anda tahu iaitu severe overpronation, mild overpronation, neutral dan underpronation.
Terdapat dua cara untuk anda pilih kasut larian. Pertama perhatikan bentuk kasut larian tersebut. Jika ia mempunyai tapak lebar ia berfungsi lebih kepada montion control.
Jika anda mempunyai tapak kaki yang agak rata inilah kasut larian paling sempurna buat anda. Ia memberikan sokongan maksimum kepada kaki dan keselesaan.
Untuk anda mempunyai tapak kaki normal bolehlah pilih kasut larian mempunyai semi-lengkungan pada bahagian tapak.
Manakala untuk anda memilik tapak kaki tirus kasut bertapak melengkung sangat sesuai untuk aktiviti larian.
DAPATKAN INFO SEBAIKNYA
Sebelum membeli mana-mana kasut adalah lebih baik jika anda lakukan sedikit info di Internet. Anda juga boleh dapatkan pendapat daripada jurujual.
Cuba sarungkan kasut yang ingin dibeli dahulu dengan menggunakan stoking.
Jangan terikut-ikut dengan trend semata. Carilah kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.
KENAL PASTI TEKNOLOGI
Setiap kasut menawarkan teknologi tersendiri terutamanya pada bahagian tapak kasut yang mempunyai fungsi serapan tenaga.
Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan.
Kasut anda juga harus mempunyai saiz sesuai. Pastikan terdapat ruang mencukupi semasa anda memakai kasut larian.
Kalau boleh cubalah kasut yang ingin dibeli di atas treadmill.
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Tue Aug 31 2021
Sebelum memulakan aktiviti larian perkara paling penting untuk anda lakukan ialah memilih kasut yang sesuai. - Gambar hiasan
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Tip pilih kasut larian sesuai mengikut jenis bentuk kaki, corak larian
Tak dapat dinafikan memilih kasut larian yang sesuai dengan anda boleh jadi mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis kasut sukan dan larian ditawarkan di pasaran.