awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tradisi bertuntung tetap 'menyala' di sebalik pemodenan

Bernama
Bernama
08/04/2024
01:00 MYT
Tradisi bertuntung tetap 'menyala' di sebalik pemodenan
Tradisi bertuntung atau menghias rumah menggunakan lampu pelita minyak tanah menjelang sambutan Aidilfitri masih terus diamalkan komuniti masyarakat Melayu di Sarawak sehingga hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Tradisi Bertuntung atau menghias rumah menggunakan lampu pelita minyak tanah menjelang sambutan Aidilfitri masih terus diamalkan komuniti masyarakat Melayu di Sarawak sehingga hari ini.
Tinjauan Bernama di Kampung Nombor di sini, mendapati lampu pelita masih menjadi pilihan dengan hampir kesemua rumah di kawasan itu memilih untuk menampilkan kombinasi kedua-dua lampu pelita serta elektrik.
Malah lebih menarik, terdapat juga rumah yang turut menampilkan pelbagai struktur seperti pintu gerbang yang dilengkapi lampu di pintu masuk kediaman mereka.
Bagi Zulaikha Ramzi, 35, walaupun berdepan arus pemodenan yang menawarkan pelbagai pilihan lampu elektrik yang lebih menarik dan berwarna-warni, lampu pelita tetap mempunyai keunikan tersendiri.
Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk membeli pelbagai lampu termasuk pelita untuk menghias rumah milik keluarganya yang turut menampilkan sebuah pondok foto.
"Ini tradisi keluarga kami sejak dulu lagi dan kita akan pasang lampu ini 10 hari sebelum sambutan Aidilfitri sehingga Raya Haji nanti.
"Walaupun kos elektrik tinggi, sebagai contoh tahun lalu kami bayar kira-kira RM800 untuk bil elektrik berbanding biasanya dalam RM300, namun ini satu tradisi keluarga yang perlu kita teruskan," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Nombor tiga dan empat, Sahari Bordi, 53, berkata pada tahun ini sebanyak 17 rumah menyertai pertandingan Bertuntung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.
Beliau berkata pertandingan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu menyediakan hadiah bernilai RM300 hingga RM500 untuk pemenang. - BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#tradisi bertuntung
#melayu sarawak
#lampu pelita minyak tanah
#jendela ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan