awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trauma prosedur antara penyebab penyempitan saluran kencing

Bernama
Bernama
19/04/2017
13:56 MYT
Trauma prosedur antara penyebab penyempitan saluran kencing
Berdasarkan rekod semasa HUSM, terdapat kira-kira 700 kes berkaitan penyempitan saluran kencing dikenal pasti sejak 2002 dengan 70 kes pembedahan uretroplasti dilakukan. Gambar hiasan
Hampir 30 peratus penyebab masalah penyempitan saluran kencing berlaku disebabkan trauma prosedur memasukkan kateter urinari dan peralatan pembedahan.
Ketua Unit Urologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Datuk Dr Azhar Amir Hamzah berkata selain itu, 55 peratus lagi disebabkan kemalangan jalan raya dan selebihnya akibat jangkitan kuman, batu karang dan suntikan bendasing.
"Masalah berkaitan salur kencing terutamanya penyempitan salur kencing dikesan berpunca daripada sejarah pemasangan tiub kencing. Masalah ini bukan hanya mendatangkan ketidakselesaan kepada pesakit tetapi berisiko menjejaskan organ lain terutama buah pinggang dan usus.
"Sehubungan itu, HUSM mengambil pendekatan mengadakan simposium berhubung masalah ini yang jarang diberi perhatian berbanding kempen kesedaran penyakit lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Simposium Pembedahan Rekonstruktif Peno-Uretra Pertama Unit Urologi HUSM yang dirasmikan Pengarah Kampus Kesihatan HUSM, Prof Dr Ahmad Sukari Halim di sini, hari ini.
Seramai 18 penceramah yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan dijemput untuk berkongsi maklumat berhubung penyakit urinari kepada 200 peserta yang terdiri daripada doktor muda, penolong pegawai perubatan dan jururawat.
Simposium dua hari bermula semalam itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berhubung prosedur memasukkan tiub kencing dengan cara yang selamat.
Dr Azhar berkata program berkenaan merupakan lanjutan daripada bengkel pembedahan uretroplasti yang diadakan semalam dengan empat kes demonstrasi turut diadakan.
Beliau berkata berdasarkan rekod semasa HUSM, terdapat kira-kira 700 kes berkaitan penyempitan saluran kencing dikenal pasti sejak 2002 dengan 70 kes pembedahan uretroplasti dilakukan. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azhar Amir Hamzah
#HUSM
#saluran kencing
#trauma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan