Sebulan sebelum puasa setiap tahun, beliau akan sibuk untuk menyiapkan beratus tempahan daripada pelanggan termasuk dari Singapura untuk mendapatkan songkok buatan tangannya.
Pembuat songkok terkenal Pulau Pinang, Haja Mohideen Mohd Shariff, 68, belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun.
Dia berkata kemahiran yang dipelajari daripada arwah bapanya itu kini dipindahkan kepada menantunya, Abdul Kader Mydin yang membantu di kedainya, OSM Mohd Shariff bersebelahan Masjid Nagore, di sini.
"Selalunya kami menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun dalam masa ini kami perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan," katanya.
"Bagaimanapun, saya gembira dia (Abdul Kader) boleh meneruskan perniagaan keluarga saya kerana songkok buatan tangan adalah industri yang hampir mati," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kebanyakan songkok yang dijual di pasar raya di buat dengan mesin dan boleh dikeluarkan dengan banyak tetapi kualitinya berbeza dengan yang dibuat dengan tangan.
Hari ini, pembuatan songkok adalah perusahaan yang hampir mati, dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan perusahaan tradisi ini.
Haja Mohideen berkata proses membuat songkok bermula dengan rangka dalam yang dibuat daripada 18 lapisan, terdiri daripada kertas surat khabar lama yang dijahit dengan satu lapisan kertas coklat dan lapisan kain.
"Ia kemudian dipotong menjadi bentuk bujur untuk bahagian atas, mengikut saiz kepala sementara rangka berbentuk segi empat tepat daripada bahan yang sama digunakan untuk membuat bahagian dinding atau tepi songkok.
Mencantumkan rangka atas yang bujur dengan rangka tepi songkok merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan cermat," katanya.
Dia berkata songkok yang telah siap mesti boleh "duduk tegak" di atas permukaan yang rata sebelum ia boleh muat dengan sempurna di atas kepala seseorang pelanggan dan keunikan songkok buatan tangan ini ialah setiap satu mempunyai lengkok berbeza berbanding dengan buatan mesin yang kesemuanya sama.
Haja Mohideen berkata banyak pasukan beruniform seperti polis, tentera dan kadet selalunya menempah songkok dalam warna coklat, ungu dan hijau dalam jumlah yang banyak.
Dia berkata kedua-dua mereka (bersama Abdul Kader) mampu menyiapkan 15 songkok sehari dalam masa sekurang-kurangnya 13 jam dan kebanyakan songkok buatan tangannya dihantar ke peniaga di Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.
"Kami biasanya tidak berniaga pada hari Ahad tetapi sebulan sebelum dan semasa Ramadan, kami membuka perniagaan setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga hampir tengah malam untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Beliau berkata kabanyakan pelanggannya lebih menggemari songkok baldu hitam atau biru dengan ketinggian sederhana, 8.9 sm manakala yang mempunyai kelim berwarna perak atau emas khusus untuk kerabat diraja.
Harga sebuah songkok bergantung kepada saiz, jenis kain dan corak dan kebanyakan songkok OSM Shariff dijual antara RM23 ke RM35 setiap satu.
Bernama
Wed Jun 08 2016
Haja Mohideen Mohd Shariff (gambar), 68, belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tukang songkok tradisional kerja keras siapkan tempahan Hari Raya
Sebulan sebelum puasa setiap tahun, Haja Mohideen Mohd Shariff akan sibuk untuk menyiapkan beratus tempahan songkok untuk memenuhi permintaan ramai.