[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
LIFESTYLE

Tweet paling popular dunia, Malaysia sepanjang 2015

Syafique Shuib 28/12/2015 | 07:25 MYT
Kumpulan One Direction mendahului senarai tweet yang paling popular tahun ini berdasarkan jumlah retweet (RT) yang diterima.
Kumpulan One Direction mendahului senarai tweet paling popular tahun ini berdasarkan jumlah Retweet (RT) yang diterima.
Hasil kajian Twitter yang diterbitkan di laman khas 2015.twitter.com, tweet daripada Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne dan Louis Tomlinson mendominasi senarai Top 5.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan personaliti televisyen Caitlyn Jenner turut mengungguli senarai Top 10.
Berikut adalah 10 tweet paling popular tahun 2015. (*Kesemua angka berdasarkan ketika artikel ini ditulis.)
One Direction ungguli carta tweet paling popular sepanjang 2015.
Tweet daripada One Direction, Barack Obama dan Caitlyn Jenner ungguli senarai 10 tweet paling popular pada tahun 2015.
1) Reaksi anggota Harry Styles setelah Zayn Malik umum keluar dari anggota itu adalah tweet paling popular tahun ini dan menerima 750,446 RT.
BACA: Zayn Malik umum keluar One Direction
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2) Ucapan bekas anggota One Direction Zayn Malik yang memberi sokongan kepada single terbaru kumpulan itu “Drag Me Down” menerima 571,083 tweet.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3) Setelah 5 tahun ditubuhkan, Liam Payne ucap terima kasih kepada kesemua anggota One Direction yang lain atas sambutan ini. Tweet ini menerima 499,580 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4) Presiden AS Barack Obama berjaya memecah dominasi One Direction dan menduduki tangga ke-4.
Tweet sokongan beliau terhadap hak perkahwinan golongan gay dan lesbian menerima 447,173 RT.
BACA: Keputusan perkahwinan sesama jenis di AS, netizens Malaysia kongsi pandangan
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5) Louis Tomlinson dari kumpulan One Direction mengucapkan terima kasih kepada para peminat. Tweet ini menerima 414,597 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
6) Setelah pertabalan Raja Salman sebagai pemerintah baharu Arab Saudi, baginda kongsi ucapan sokongan kepada rakyat.
Baginda menaiki takhta setelah kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz.
BACA: Pemimpin dunia hadiri istiadat pemakaman Almarhum Raja Abdullah
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7) Penyanyi rap terkenal Kanye West menduduki tangga ke-7 dengan sebuah mesej motivasi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8) Satu lagi anggota One Direction Niall Horan berjaya menduduki tangga Top 10.
Ucapan ulang tahun dari Horan kepada Payne menerima 324,344 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9) Tweet terakhir pelakon lagenda Leonard Nimoy menerima 276,868 RT.
Tweet berkenaan ditulis pada 23 Februari dan beliau meninggal dunia pada 27 Februari.
BACA: Leonard "Mr Spock" Nimoy meninggal dunia pada usia 83 tahun
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10) Transformasi Bruce Jenner kepada Caitlyn Jenner mendapat perhatian ramai sepanjang tahun ini.
Tweet yang memperkenalkan Caitlyn Jenner kepada dunia (dan juga tweet pertama beliau) menerima 258,802 RT.
BACA: "Panggil saya Caitlyn Jenner", penampilan baharu Bruce terima reaksi positif
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet daripada ahli politik turut menjadi trending sepanjang tahun 2015
Tweet daripada pemimpin negara terus mendapat perhatian netizen.
Untuk senarai Malaysia, kami memilih beberapa individu ternama dan menyemak tweet paling popular mereka berdasarkan jumlah RT yang diterima.
Ternyata apa yang dikongsi oleh personaliti ini terus mendapat perhatian umum.
Di arena politik, tweet ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tweet paling popular beliau pada tahun ini berdasarkan RT yang diterima.
BACA: Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang tweet mengenai sikap manusia yang suka menghukum orang lain menerima 8,171 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, gambar nasi goreng tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimuat naik oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan merupakan tweet paling popular beliau sepanjang tahun ini.
BACA: "Cara memasak tanpa GST!" - Ahmad Maslan
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet daripada artis-artis ternama terus mendapat perhatian netizen.
Apa yang dikongsi oleh para artis di media sosial terus mendapat perhatian orang ramai.
Dalam dunia hiburan, tweet daripada Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna, Faizal Tahir dan Joe Flizzow terus dikongsi oleh netizen.
Tweet Siti Nurhaliza yang menyentuh tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) mendapat 5,518 RT.
BACA: Memalukan! Siti Nurhaliza luah kebimbangan dengan kemelut menimpa Tabung Haji
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet tentang mencari pasangan hidup oleh Neelofa menerima 30,147 RT dan oleh Yuna menerima 10,792 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi terkenal Faizal Tahir yang menyentuh tentang persepsi penggunaan Bahasa Ingerris menerima 18,108 RT.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Joe Flizzow tidak setuju dengan penyebaran video penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang menyanyi ketika tangan bergari yang terus menjadi viral pada Januari 2015.
Tweet beliau menerima 8,645 RT.
BACA: Polis akan siasat rakaman, sebaran video Zamani
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akhir sekali, ingin tahu apa tweet paling popular Astro AWANI?
Tweet mengenai pengumuman cuti umum peristiwa setelah kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia 2015 merupakan tweet paling popular kami dengan 5,169 RT.
BACA: Piala M'sia: Selangor umum cuti Isnin, Azmin harap prestasi dipertahankan
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barack Obama #Caitlyn Jenner #Harry Styles #Najib Razak #One Direction #Siti Nurhaliza #trending #Twitter #Zayn Malik